Tuesday, August 31, 2010

merdeka!

aktiviti yang meletihkan serta memberi erti kepadaku.
1st time menyambut ambang merdeka bersama anjuran kerajaan dan disertai seramai 2000 orang dari pelbagai universiti.
woah.. sangat meriah di UKM malam itu.

aktiviti diteruskan dengan sambutan kemerdekaan di stadium tertutup bukit jalil.
ade sultan, pm, dan ramai lagi.
penuh stadium.
da lama tak sambut merdeka dekat stadium kan.
agak seronok la rasanya :)

itulah kenanganku untuk merdeka pada tahun ini.
saya bangga menjadi rakyat Malaysia.!

Sunday, August 29, 2010

semakin pokai

persiapan raya semakin rancak..
sudah semakin pokai.
tp persoalannya..
aku beli baju raya ke beli baju untuk pegi klas?
hahaha.. untuk pegi klas la kot. :P
baju raya da beli lame da.. 
sebelum puasa da beli da. :)
ingat nk simpan duit.
tp tengok adik shopping tadi terbakar pulak.
terhabis jugak rm300 aku.
oh bapak.. nk beli kasut.. 
tapi xde duit..
nak duit sikit beli kasot boley?
hee.. :D

Saturday, August 28, 2010

seakan mende pelik?

petang tadi aku jalan-jalan la kat masjid india.
teman membe aku shopping.
tapi orang-orang di sekeliling nampak kehairanan apabila melihat ku.
ade masalah ke? seakan mende pelik?
aku pun kehairanan dan buat bodo je.
baru ku tahu mereka seakan terkejut melihat keadaan ku.
wahh.. tinggi nya.. mana tak nye.
aku jalan boley nampak 100 meter di hadapan.
gila pendek manusia zaman sekarang ni. hahaha
jangan nak rasa aneh sangat la.
aku pun manusia jugak..
kelebihan aku menjadi seorang yang tinggi.
luas pemandangan dan senang untuk dilihat :) 
sedang leka berjalan terjumpa pulak cik izan sekeluarga aka keluarga angkat aku. [rapat ngan dorang daripada kecik lagi]
borak-borak la kejap dan mereka memperlawa ku untuk ke rumah beliau.
lama da aku x g umah dorang sebenanya. haha
emm.. aktiviti yang sangat memenatkan.
abis satu KL aku pusing. separuhnya jalan kaki.
huh.. bersenam di bulan puasa la katekan. :)

tp saya tetap rasa terkilan kerana tidak dapat keluar bersamanya. :(

oh hari.

hajatku ingin menjadikan hari ini sebagai hari yang istimewa dan gembira..
tapi malangnya ianya tidak kesampaian.
plan tak jadi pulak.
so, what's the plan now?
ade sesiapa nk ajak aku kuar x arini.
call je ok.. saya sangat free sekarang.
if xde tepaksa la dok umah je kn. :) 

semakin hari semakin sepi..
semakin bosan dan semakin menyuramkan.
dimakanah kawan-kawanku?
dorang xnk shopping ngan aku ke? 
kawan-kawan.. mari la bershopping.!

Friday, August 27, 2010

love.

love is a circle.
when you love,
you get hurt, 
you hate.
when you hate,
you try to forget.
when you try to forget,
you start missing.
and when you start missing,
eventually you'll fall in love again.


mengharapkan kebahagiaan dan kegembiraan.

pretending? or definitely real? haa..
hanya mampu tersenyum. :) 

Thursday, August 26, 2010

perempat jalanan

tidur agak cukup.
klas agak pack dan kepala agak saket.
sangat letih sehingga aku tertidur di kaki lima.
haha.. da macam merempat da kan.

 mampukah anda melakukannya? haha.. :D
cuba lah :) 

Wednesday, August 25, 2010

hah.. pelik.

baru start belajar arini da ade quiz.
1st klas kot. memang aku tak baca la.
adeyh.. betol bape jela tu kan.
nasib baik boleh buat. :)

thanks kepada encik palin sebab bahan saya ye.
nampaknya isu hangat itu telah digembar gemburkan di khalayak ramai.
"went i walk-walk i lost"
mende aku tesalah cakap beb. xmo la gelakkn lagi.

saya tatau nak rasa apa.
sedih ke? suka ke? gembira ke?
masih tertanya-tanya..
adakah saya masih di alam fantasi ataupun realiti?

seperti biasa, abs klas mesti pegi library.
saya suka pergi library oh sekarang ni. :D
hari-hari saya pergi library. jom pegi library!

Tuesday, August 24, 2010

sesi pembelajaran sudah bermula :)

wah.. da start klas da.
kene bangun awal la lepas ni kan
da tak boleh tido lambat-lambat da.
1st klas macam ok.
pagi ade klas.
tgh hari xde klas, so lepak library la.
petang ade klas balik. :D

yang kelakarnya td..
klas english. die suh datang depan dan introduce diri.
lecturer cakap aku da boley jadi model da. haha.
bangga kejap bila kena puji :P
lepas tu die nak tiga kelebihan apa yang best belajar kat campus baru.
dan apa yang kita x best tentang campus baru.
aku bukan main la cite macam-macam.
air-cond sejuk la, klas besar la. suke pegi library la.
da seronok da tu. macam pandai da tu.
sekali bila cerita pasal kekurangan.
aku nak la cakap pasal environment (campus life)
nak cite pasal kalau jalan-jalan mseti jumpa tempat tu jugak.
tapi kene cakap dalam english..
aku tatau nk ckp jalan-jalan tu dalam english macam mana.
so, aku pun cakap went we walk-walk.
terus kene gelak. dengan lecturer pun gelakkan aku.
gila segan aku. haha.
nasib baik la die cakap xpe. bagus sebab mencuba.
aku x pandai english. so kalau aku salah cakap jangan la gelak oh.

begitu lah cerita untuk hari ini. :)

Monday, August 23, 2010

menghargai :)

 

what every girl want to hear

 tidak semestinya cakap tidak tu maknanya tidak kan. :)
 dan tak cakap sayang, tidak semistinya kita tak sayang.
oleh itu, ingat lah orang yang tersayang. (",)

Sunday, August 22, 2010

aku?

aku mangsa keadaan dan tempat untuk melepaskan bosan?

sudah ditakdirkan agaknya.
aku adalah mangsa keadaan,
perasaan ku senang untuk dipermainkan.
aku adalah tempat untuk melepaskan bosan,
mencari ku dikala sunyi dan meninggalkan ku dikala engkau sedang gembira.

aku sedar akan situasi sebergini.
tetapi kenapa aku sering membiarkan 
dan memberikan mereka peluang lagi?
orang da buat aku ni. tapi kenapa aku tak geti nk mara?
haha...

life is karma kn.
banyak manfaat orang sabar ni.
what you give, you get back. ;)

yang mana kaca dan yang mana permata.

agak sukar untuk seseorang itu menentukan yang mana kaca dan yang mana permata.
mana satu yang lebih berharga?
kaca ataupun permata?

bak kata karam singh walia:
terbakar kampung nampak asap. terbakar hati siapa yang tahu.
kan kan.. haha.

make a good choice. :)
belilah barangan buatan MALAYSIA

Saturday, August 21, 2010

dia datang lagi

woah.. nokia 3310 kegemaranku.
tidak ku sangka akhirnya dia datang lagi kepadaku!
tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan mu oh.
b4 ni membe pinjam. memandangkan die da beli fon baru.
die pulang balik fon ni kat aku, jd aku boley la pakai balik kn. wee :P

P/S : dalam banyak-banyak fon yang aku guna. fon ni paling tahan oh. lagi-lagi untuk orang yang lasak macam aku ni kn? ohh yeah..!

oh kipas.

dulu kau hidup.
lepas tu baru pakai berapa bulan kau dah rosak.
aku beli kau mahal-mahal ko nak rosak kan.
berpanas aku tido dua minggu.

semalam aku mimpi dapat kipas baru.
dapat tiga pulak tu.
1st kipas lama sudah dapat digunakan semula,
2nd kipas pendek dan
3rd kipas kaki panjang..
dengan tamaknya aku buka semua sekali.
haha.. da macam ape tah.

tiba-tiba bila bangun tidur, aku nampak kotak.
wow.. apekah itu.? cap elba. yea! dapat kipas baru :P 

sekarang kau da dimasokkan di dalam kotak.
dan telah digantikan dengan yang baru. 
elba pulak nama dia. haha.
walaupun kau ni murah. lembut dan plastik.
tapi aku harap kau boley la sejukkan aku dikala aku kepanasan ea.
kau ni pawe jugak la. ade timer, dan agak sejuk.
kau baru lagi kan. mesti lah sejuk lagi,. 
lama-lama nanti tatau la kan.

oh kipas.. lepas ni kalau kau rosak lagi aku tatau la kan.
orang lain pakai kipas tahan bertahun-tahun.
aku ni baru beberapa tahun da tiga kipas rosak ditangan aku.
hahaha.. ganas ke aku? mcm x je,. aku belai kot kipas tu. haha

Friday, August 20, 2010

thank you.

selesai sudah..
it's done.
u will be always in my memories.

thank you. :)

wee..

saya sangat sedeh.
thanks tau.

sampai hati kan.
T__T

tatau nak cakap ape lagi da.
hanya mampu berserah.

dengarkan lagu ini dan fahamkan liriknya..
dia telah membuatkanku membuka mata untuk menghayati lirik ini.
kajian mendapati bahawa... [saya da bold kn da] ^__^
 
kurindu disayangi..sepenuh hati
sedalam cintaku..setulus hatiku

kuingin memiliki..kekasih hati

tanpa air mata..tanpa kesalahan

bukan cinta yang melukai diriku

dan meninggalkan hidupku..lagi.

tolonglah aku..dari kehampaan ini
selamatkan cintaku..dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian yang tak pernah berakhir

bebaskan aku..dari keadaan ini
sempurnakan hidupku..dari rapuhnya jiwaku

adakah seseorang..yang melepaskanku..
dari kesepian ini,

Thursday, August 19, 2010

the date is come again ;)


woah..!

i loike this..
 sedang gembira ;)

i lebieu oh!

akhirnya..

setelah agak lama.
pelbagai rintangan melanda.
masa yang tidak menentukan.

dan akhirnya.
dapat jugak aku mendengar suaranya ;)

Wednesday, August 18, 2010

rindu.

boley pulak kalau rindu orang sampai nanges?
rindu sangat da tu kan., sampai boley nanges-nanges. hahaha.
ade la seorang budak ni.. agaknya die sangat rindu seseorang yang dirinduinya, 
sampai tekeluar air mata dia.. oh.. sangat merinduinya. :'(

ade pulak sorang budak ni. die merindukan seseorang.
sampai dia tak boleh tidur? haa? ade ke?
pelik-pelik rindu zaman sekarang ni.
bila da dengar suara boley tidur pulak ke?
wah.. cam kelakar je.. haha.. mau try?

rindu bayangan? rindu setengah mati? rindu serindu rindunya? bila rindu? selagi ada rindu? memori sekuntum rindu? aku sayang aku rindu?

sume tentang rindu? 
adakah anda mempunyai perasaan rindu terhadap seseorang? 
(",)

Tuesday, August 17, 2010

berbuka di campus.

cadangnya nk berbuka dengan hamzah.. tapi x jadi pulak.. yela kan., dengan keadaan yang tidak mengizinkan [hujan] ditambah pula dengan rasa malas, aku berbuka la dengan bff ku bersama rakan-rakan lain di campus :) seronok jugak la sebab 1st time aku kekenyangan macam ular sawa. haha.tiba di bazar, aku tertarik dengan nasi lemak ayam dekat 1 gerai tu.. wow.. nmpk sedap je.. hee.. tp xnk beli lagi sebab nak caik dulu makanan yang mane tau best ke kn.. so, aku pn teruskan la perjalanan.. selang beberapa gerai, aku terpandang akan pelbagai jenis agar-agar yang membuatkan ku teruja akan kejadiannya.. aku pun beli la.. ade lima jenis. selepas itu aku meneruskan lagi perjalanan dan terjumpa jagung rebus. woah!! OMG!! i loike.. terus beli oh.. tp macam pelik je kan, ade pulak orang makan jagung tok berbuka puasa? haha.. x kesah la.. ramai gak gelakkan aku. tapi xpe.. baru la nampak kelainan sikit kan.. hee.. lepas penat pusing bazar. aku pun menbuat keputusan untuk membeli nasi lemak tadi dan mencari kedai makan berdekatan untuk berbuka puasa.. xnk mengalah.. makan sume sampai 2 cawan air aku telan.. nk temuntah aku tadi. haha.. padan muka kan.. sape suh makan banyak-banyak. sekian la cerita aku berbuka puasa di campus.. kenangan indah akan dijadikan iktibar.. xmo makan banyak-banyak da. haha :)

 oh jagung rebus! :D

Monday, August 16, 2010

xde lagi ramai ke?

hah.. balik dalam keadaan panas terik membuatkan ku terasa macam nak pitam. seb bek sampai jugak kn.. sampai-sampai je umah trus buka sume dan tombang. haha.. kol 7.30 br bagun. tu pun sebab kene kejut.. seb bek bgn-bgn je da ade makanan.. lepas dad ngan adk masak, dad g keje.. adk yang kecik pun da dok umah nenek. x dapat buka sama. so, tinggal la betiga je kt umah.. seb bek la aku x buka luar td. kalau x cian adk aku buka bedua je kn.. lauk td ada sup daging, ikan goreng, ayam goreng, sambal udang, dan sayur.. huhu, sedap-sedap. memang seronok kalau hari-hari camni kn. bgn je makan.. woah.. tp sekali dua boley la.. nak hari-hari takot dapat kaki pulak nnti. haha :)

1st day di unirazak BARU!

dengan harapan dan impian mahu berlajar bersungguh-sungguh. aku pun pergi ke kampus dengan sungguh bersemangat sekali dan berangan menjadi budak sem 1, tapi malang selaki apabila dengan keadaan tiba-tiba aku seolah-olah teruja dengan keadaan di kampus baru ni.. OMG! biar betol campus camni? haha.. sesat aku kejap. tempat xde la besa mane pun, tp cam pelik.. sampai nak g toilet pun kene tengok peta,. WTF! dengan keadaan tempat add drob subject semak gila. da mcm perhimpunan haram da rasanya,. tapi yang peliknya.. kenapa budak sem 1 pelik tgk aku? aku ni pelik ke? hahaha.. tapi apa-apa pun. environment kt sini ok la, just x best sebab xde giant je. :)

sudah lima hari kita sebagai umat islam berpuasa.. tapi kenapa semakin hari semakin besar ancaman dan dugaan ea? keadaan hari ini sangat panas terik membuatkan ku sangat letih dan lembik sekali.. haus tidak terkira dan perut pun da mengelegak kelapara. adeyh.. bila nak buka ni.. eh.. aku kn kuat, kene la tahan.. :)

sudah lama aku tidak menonton drama live ni, tiba-tiba, dalam sekelip mata berlaku perbalahan sayang-sayang didepan mataku. nk merajok-merajok, nk jeles-jeles pulak kn.. oh.. "hanya mampu tersenyum" :) disamping bff ku yang bernama comot digemparkan dengan soalan yang panas dan disuruh menjawab soalan tersebut. dengan keadaan terkaku. dia pun menjawab soalan tersebut.. macam-macam kerenah kawan-kawan aku ni kn. xpela.. at least dorang happy kan :)

Sunday, August 15, 2010

detik paling seronok.

detik paling menyeronokkan
apabila 1 family dapat berbuka bersama-sama.
kebetulan adk aku yg kt penang tu balik.
adk yang kecik tu pun puasa jugak
bapak aku pun x keje time tu.
so, dapat la berbuka bersama-sama.
satu detik yang paling dinantikan selama ini.
sangat seronok!!
i loike.

lepas ni tak dapat da buka sama-sama.
aku pun da start klas esok.
kalau penat mesti buka dekat kolej je.
klas pun abis 5.30 petang kan.

adk-adk yang lain pun mesti nak berbuka dengan kawan-kawan die.
so mmg susah la nak berbuka sama hari-hari kan.

apa-apa pun.. segala kenangan masin telah disimpan didalam memori.
saya merindui detik berbuka bersama arwah mak sy. :(
dulu waktu berbuka sangat meriah,
tapi sekarang sudah tidak lagi.

hope dia tenang di alam sana.
saya tetap akan mendoakannya.. :) 

Saturday, August 14, 2010

Sepanjang Hidupku

awak sangat istimewa bagi saya.
jadi, lagu ini khas untuk awak supaya awak mendengarnya :)

 

by plot band :
dengan dirimu kini ku bahagia
tak henti ku berbagi canda tawa
hilangkan gairah lelah hatiku
hadirmu mengubah arti hidupku

Jadilah aku tawanan cintamu
kuserahkan seluruhnya untukmu
kupenuhi semua yang kau inginkan
tiada yang penting selain dirimu

Sepanjang hidupku hanya ingin bersamamu
disetiap waktu……… disetiap waktu
sepanjang hidupku tlah kurelakan dirimu
tuk tinggalkan aku……. tuk tinggalkan aku
 
Sejuk kasihmu sampai ke tulangku
hingga detak hantungku kan berhenti
senyum manismu sinari hatiku
tulus setia cintaku hanya untukmu

Sepanjang hidupku hanya ingin bersamamu
disetiap waktu…………….2X
sepanjang hidupku tlah kurelakan dirimu
tuk tinggalkan aku…………2X

korban?

bak kata pepatah.
cinta perlukan pengorbanan.
untuk berjaya di dalam cinta, kita harus berkorban.
tapi sejauh mana pengorbanan itu harus ada untuk sesebuah percintaan?

untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik.
harus ada pengorbanan kerana melalui pengorbanan kita akan akan mendapat pengalaman dan menjanjikan kematangan dalam membuat keputusan.
tapi sejauh mana pengorbanan itu boleh menjanjikan sesuatu yang lebih baik?

jikalau kita sayang seseorang itu.
dan untuk melihat dia bahagia kelak.
kita harus berkorban untuk kebahagiaan seseorang itu.
tapi sejauh mana pengorbanan menjanjikan kebahagiaan?

jika sudah dikorbankan segalanya.
tetapi hasilnya hanyalah sia-sia.
yang dikejar tak dapat. yang digendong bertaburan.
apakah kesudahannya?

membuat orang yang kita sayang bahagia dan gembira adalah asas kepada segalanya.

akan cuba sebaik mungkin ye. [in adalah janji ku] :) 

Friday, August 13, 2010

mood

happy, sedih, marah, suka, duka, ada mood. xde mood. 
dan pelbagai lagi jenis mood yang ada di dunia ini..


kenapa harus diikutkan sangat mood itu?
tidak kah kalian terpikir yang mood itu boleh dikawal?

otak sebagai perdana menteri dan hati adalah raja kepada segalanya.

jika seorang perdana menteri itu tidak melakukan tugasnya dengan baik.
akan hancur sesebuah negara itu.
jika raja sedang gila kuasa dan bertindak mengikut kehendak diri sndiri?
akan musnah sebuah agensi kedaulatan raja itu.

kerana terlalu mengikutkan perasaan?
think*

Thursday, August 12, 2010

salah aku ke?

aku rasa aku xde wat pape pn..
aku x ubah pape pn.
xde niat nk buat ape-ape pn.
tp kenapa aku yang dipersalahkan?
situasi yang tidak disengajakan macam tu pn aku yang dipersalahkan?
mana datangnya keadilan?
da explain xnk denga. pastu tetap nk salahkan aku.
adekah itu wajar untuk aku?
memang aku punca segalanya ea?

aku mntk maaf jika selama ini aku banyak wat salah kat korang sume.
aku ni x layak tok jd kawan korang or sesape bagi korang kn.
im sorry.. 

agak la

sedang saket kepala. 
terima kasih :(

my dad masih tidak berbuka bersama kami lagi.
hope hari ini dia dapat berbuka bersama kami oh.

suasana berbuka tidak seindah tahun-tahun sebelum ini..
mengapakah? tidak mengetahui sebabnya :) 

Wednesday, August 11, 2010

oh puasa.

1st day bersahur untuk puasa kali ini.. wah.. sy masak! sedap agaknya sampai clear sume lauk-lauk 2 oh.. haha.. laju je dorg makan.. tapi yang paling best untuk puasa kali ini adalah dengan rasminya adik aku yang kecik tu kena puasa full. td da mengadu lapa.. da la lepas sahur td die xnk tido, aku yg letih melayan sambil tetido tidow aku. haha.. bangun je tengok cite P.Ramli. ape tah tajuk die. lupe pulak. haha. ade dialog "die ade beng-beng.." "ala.. kita kan ade gedebak-gedebuk" haha.. terus tergelak sambil teringat kesah time kwm karisma tu.. perbualan antara fuad dengan eva semasa kami diserang hendap. :))

oh lapa.. bila nk makan ni.. slalu time x puasa x lapa pun.. ni time puasa lapa pulak.. si bff aku tu x abs2 cakap aku x puasa.. tah-tah die yang x puasa kot. haha.. bukan ley caye sangat die tu.. puasa x penah full kn? hahaha.. aku tau die akan baca, saja kenekan die je ni. hee. :P 

aktiviti puasa nampaknya semakin padat. bermula dengan menyediakan makanan untuk sahur, menyiapkan adk, ambil adk balik skola, menyediakan juadah berbuka puasa. semayang terawih dan men gym pada pukul 11 malam. wah.. gle pack. bila waktu tidow ni? berterusan pula dengan permulaan sem baru pada tengah bulan ni. nk kene g kolej. adeyh.. lagi letih la kn.. study lg. huh.. dugaan semakin banyak kerana kawan-kawan kolej tu bukan boley pecaya sangat kn. kang ajak makan. tp xpe. bukan penah terikut pun kan.. jiwa kental beb.. :D

ade sesiapa nk ajak aku buka puasa dengan korang? call je ok.. buat appointment dulu.. takot ajak last minutes baru ajak, aku da terbuka puasa dengan orang lain pulak kn.. hee :D

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan kembali ;)

ramadhan muncul lagi.. o yeah..! i loike.. dapat g bazar.. buka sati family, buka ngan kawan-kawan. solat terawih dan main mercun! wow... sangat suka.. hee. spare part mercun da ade ni.. abs la meletop2 taman aku ni.. taun-taun yang lepas sampai polis datang sebab men meriam depan umah. lintang pukang lari.. polis xde main balik. hahahaha. belum puasa lagi da x sabar nk raya.. hee. agak-agak dapat lagi tak duit raya kan? da besar la.. kene bagi duit raya kat orang lagi adela. nasib baik aku ni student.. dikecualikan sikit kan. :D taun ni balik kampung naik moto lagi.. uu yeah.. seperti biasa la kan.. konvoi ramai-ramai. aku ngan ex-5 capok aku.. dan adk aku meriah dengan 125z die la jawabnya. kali ni nak denga ape kata-kata pakcik dan makcik aku pulak bila tgk aku naik moto lagi.. taun lepas kene kutok sebab aku bawak moto capok je kn.. anak dorg bawak Lc. moto pawe, laju pulak tu.. pastu pakai helmet time aku darjah 5. helmet kebanggaan die. arc.. hah.. igt aku nk heran.. dari darjah 5 aku da pakai da.. haha.. taun lepas datang dengan motor baru kene kutok.. taun ni aku datang lagi dengan moto baru. kale je lain dan adk aku pnye moto baru lagi.. aku nk tgk dorg kutok lagi ke x.. at least aku beli ktorang beli moto cash.. x utang cam org yg mengutok aku kn. haha.

sedapnye aku kutok orang kat sini kn.. ups.. telebih sudah.. akhir kata.. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat islam. :)

mari denga lagu puasa ni.. sedap.. bagi sape2 yg x pandai baca doa lg. ade skali lagu die. same2 la kita denga kn. hee :)
 

Monday, August 9, 2010

woah.. gourgious

setelah tiga minggu terperap sahaja di dalam rumah.. akhirnya aku keluar rumah juga! pegi shopping pulak 2. dengan hasil titik peluh mengumpul syiling2 dan duit kertas yang ada.. dapat juga aku beli baju sehelai. upss.. :P boleh buat raya terus ni.. just nak mintak duit dad sikit untuk beli kasut je.. [seumur hidup hanya penah beli satu kasut je oh] kesempatan itu, tidak lah membebankan my dad untuk memperuntukan duit yang banyak untuk aku.. cian die. sambil jalan menonong je kt pavi tu.. tiba-tiba terjumpa pulak budak kelas lama.. woah.. lame gile x jmp dowg. so lepak la kt Starbucks kejap.. snap2 pic. gedik kejap disitu. haha.. da puas bahan-bahan dorang time zaman skola dulu.. aku pun  berangkat pulang ke rumah.  :)

Sunday, August 8, 2010

oh.. my ring!

cincin aku ilang!
die hilang ke ade orang curi?
adeyh.. tetibe xde kt pandangan mata ni.
da la cincin tu orang yang bagi.
tapi ilang pulak. camne boleh hilang ni..
adeyh.. mane nak dapat cincin tu lagi kn..
im sorry.. cincin tu da hilang. :(

Saturday, August 7, 2010

gembira vs. tidak gembira?

situasi pertama : 
sifat sosial ku seolah-olah disekat.. semakin hari, aku semakin dibebankan dan dibebani pelbagai dugaan, rintangan dan cabaran. kebebasan untuk keluar dan menjalani kehidupan sebagai seorang yg dewasa terjejas apabila beban yg agak berat diletakkan di atas bahu. dad bz kerja sampai kadang-kadang x balik. ini telah membuatkanku harus memikul tanggungjawab rumah. adk2 yg semakin membesar juga semakin membataskan pergerakan ku. masing-masing da pandai lepak kn.. aku jugak kne dok umah. mmg lagi terbatas la kan. so, jangan cakap aku xde komitmen tau. :)

situasi kedua : 
hati semakin tidak keruan memikirkan masalah. kejap pikir pasal ni. kejap pikir pasal itu.. hah. akan menjadi tertekan lama-lama nnti. masalah study, keluarga, dan masalah sosial lain. sebagai manusia memang wajib dibanjiri dengan masalah seperti ini dan harus diatasi dengan sebaik mungkin. "lahirnya masalah tujuannya untuk diselesaikan". bagaimanakah untuk kita mengatasinya? think critically :) 

situasi ketiga : 
bapak ku kawen lagi.. woah.. gembira la kn.. bapak aku da ade teman hidup. adk2 aku akan terjaga jugak la lepas ni.. aku pun boley la dok hostel.. penat kot ulang alik dr kj ke cheras. kne panas, ujan lagi. dengan jam lagi.. pergi da sejam. balik pn sejam.. huh.. letih2.. kan senang kalo dok ostel. dekat je ngan kolej.. tp kalau da dok ostel cian pulak kt adk2 kn.. haha.. kenapa la sesuatu kemudahan mesti diselit dengan sedikit beban. haha.. bapak ckp die kawen 17/11. tp aku exam 19 aribln. camne ni? bapak punya pasal aku ok kan aje.. tp jgn masa org bz2 nnti aku baca buku aku kene mara pulak kn. memang aku mengamok la cam time kenduri kawen yg kat kelantan 2 kn. :)

Friday, August 6, 2010

menakutkan


Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun pada 4/8/2010, persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Buaya yang ditemui itu sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) dan berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Awas ! ada berani nak mandi-manda di pantai Port Dickson ?
woah.. sangat takot oh.. camne nk mandi laut camni?
kalau kena gigit camne? haha..

emm.. difahamkan bahawa buaya laut mempunyai kelajuan yg berganda daripada buaya sungai?
adakah anda percaya? 

sebelum ni mesti ramai yg menyangka bahawa buaya hanya ada di sungai sahaja kn? dan bukan dilaut kan?
haha.. anda salah.. ade jugak buaya laut oh.. x caya tgk animal planet. :D

berhati-hatilah sekiranya nak mandi laut lepas ni ok. :)

Thursday, August 5, 2010

rindu ea?

apabila muzik menjadi peneman..

uish.. camne ni?
rindu oh..
rindu die sangat2..
selalu terpikir tentangnya
dan melihat photonya.
bila la aku dapat jumpa dia kn.


sangat sayang kepadanya dan masih merindukannya.

Flanella-Bila engkau

 


Saat indah dalam hidupku
saat aku bertemu denganmu
Kau anugrah yang tercipta
Begitu nyata

kau tercantik dalam hatiku
Walaupun orang tak berkata Begitu
Kuingin Kau disampingku
Selamanya

Reff :

Bila engkau menerima cintaku
Aku akan setia kepadamu
Karna dirimu yang selama ini kucari

Bila engkau menerima cintaku
Aku akan slalu jujur untukmu
Karna dirimu yang selama ini di hati

Kata cinta yang kumiliki
ingin memberi semua yang terbaik
berharap ku tak berlebih dihatimu :)

Wednesday, August 4, 2010

4aribln 8.

die la org yg 1 aku knl kt unitar.
die la org yg sentiasa lepak ngan aku time orentasi dlu.
die lah org yg sering membuat joke dlu..
tp perkenalan aku dengan nya x lama.
pada tanggal ini lah die telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
lepas dr kejadian itu.
aku sangat takot dan berhati2 setiap kali lalu di tempat kejadian.
sangat sedih atas kehilangannya.
die baik org nya..
peramah dan menghormati orang lain.
hope dia dicucuri rahmat.
tenang di alam sana 
dan ditempatkan bersama dengan golongan yg beramal soleh.
mari kita sedekahkan fatihah kepada arwah saifuddin.

Monday, August 2, 2010

KL

awk..
awk nk tau x?
ade 1 cite lawak ni.
nk tau x?
sy cite ea?
hehe..
saje je tgk blog awk..
b4 ni x perasan,
td baru perasan..
nama awk L kn?
pastu awak ckp taken by K kn?
haha.. sy da tegelak.
K+ L = ape?
cube teka..
cepat la..
org len nk teka pn bley.
cepat2..
hehe..

Sunday, August 1, 2010

Jennifer Lopez (Feat. Fat Joe) - Hold You Down

 

my bff ckp lagu ni utk aku?
ala. tp aku x paham la maksud die.
x pawe pn speaking2 ni. haha.
suh aku caik sndiri maksud die.
mmg aku x pandai la.

ade sesiapa yg nak tolong pahamkan aku maksud lagu ni?