Sunday, October 31, 2010

final core.

apabila kita sudah tahu akan kesudahannya.
kita haruslah untuk bersedia dan menerimanya.
kerana itulah yang paling terbaik untuk dirinya. :)

 jestru. saya redha dengan ketentuannya. moga ini adalah cara paling terbaik untuk dirinya, agar aku tidak bisa menyakitinya lagi. terima kasih daun keladi. harap kita dapat berkomunikasi kembali. ^_^

Wednesday, October 20, 2010

bapak oh bapak

err.. bapak nak duit.
duit da xde.. tinggal 8hengget je ni.. haha.
tapi nak mntk takot. mst kene mara kan. x abis-abis mintak duit je,
tapi siyes, da kering kontang ni.. susah betol kalau xde duit kn.
kan best kalau aku kaye.. haa. padan muke kau kayrul.
dulu time ko byk duit ko boros. joli je keje kau.
skrg ko da pokai. haha. padan muke ko kan.
baru tau azab jadi orang susah. hahaaha.

bapak.. nak 10 hinggit je. tok mkn esok. buleh la. buleh la.. please bapak. 10 hinggit je. buleh kan? :P

Tuesday, October 19, 2010

19.10.2010

ape dah jadi ngan aku ni?
are u ok kayrul? emm.. chill ea.
^_^

Monday, October 18, 2010

im home!!

setelah menjalani kursus selama 3 hari 2 malam di kem PLKN asahan, melaka. akhirnya aku dapat jua kembali ke rumah. :) seronok tak terhingga semasa di kem tersebut.

antara aktiviti yang paling seronok : 
bumping. baring atas tanah, baring2 atas tar, guling2 atas tar, menyarap atas tar.. cium tar. duduk bangun atas tar, lompat katak. ketuk ketampi. kene maki hamun dan sebagainya. terbaik oh. tar 2 da la ade taik kucing. da kene guling2. cium jela taik kucing tu kan. haha, paling seronok skali kene time panas terik.. wow.. rasa macam terbakar satu badan. sampai adk kecik 2 kepanasan la. hahaha..

aktiviti yang tidak dapat dilupakan : 
aku pegi dua orang sahaja. sorang laki sorang pompan. so aku sorang2 la tanpa teman di dalam dorm 2. tapi aku dapat ramai kawan sampai dorang sume kenal aku. tapi nama dorang pun aku x ingat. haha.. wahai si kecik [anakku] seb bek ko demam kan ari last tu. aku x dapat nak ketuk kepala kau oh. haha.. men tarian perang sampai xde suara. terbaik. mandi sambil berjalan. huh.. layan oh.. besa gila toilet die.. da la mandi ramai2.. pastu men lari2. jalan2 sampai ke dorm. haha. memang tak malu. makan beramai-ramai tapi makan ala penjara. beratur panjang.. pastu ada orang bagi makanan. haha. tidur hanya 4-5 jam dalam 3 hari. wah.. men abselling yang best. da la x penah main. cium dinding la kejap. haha.. belajar ikat tali.. 5 jenis ikatan aku da belajar. tapi sume 2 simple2 ikatan la. and the last. buat kerja dalam kumpulan. itu saje kenangan yang aku igt oh. yg len xley cite. t panjang sangat. haha

akhir kata.. saye sudah dapat sijil kepimpinan tahap 1. yeaa.. :D

Friday, October 15, 2010

away for 3 days :)

huhu.. PEGI MELAKA!
bukan untuk bercuti.. tetapi untuk menjalani khursus jurulatih tahap 1.
baru tahap 1 je pun. :)


wish me luck ok..
see u later.
majulah suka untuk negara. haha. [tetibe]

Wednesday, October 13, 2010

hishh..

wahai si pencuri..
banyak lagi mende lain kau buleh curi, 
tapi kenapa kau plih untuk curi mende tu jugak?

kadang-kadang aku tak paham dengan kau.
mende tu rm30 hinggit je kot.
just cover telinga helmet pun.
"aku tau la helmet aku mahal. ko x mampu beli"
ko nak curi helmet tapi tak dapat kan?
mende tu yang kau dapat kan?
tu yang kau amik je tu kan?
hish.. pelik-pelik.

nota kecil : bedosa tau amik barang yang bukan kita punya. lagi2 mencuri. kepada pencuri tersebut. thanks tau curi barang aku. :)

Sunday, October 10, 2010

akibat tersasul.

hishh.. smlm da kene gelak macam ape tah,
arini kene dekat fb dan blog pulak.
wakakaka.. i like!

beruntung lah anda kan kerana dapat menggelakkan saye.
tunggu la bila awak pulak yang tersasul nanti. saye nak senyum sampai tinge. hee.. tapi kn.. bilakah awak nak tersasul?
menanti-nanti ni.. haha..

nota kecik : mungkin disebabkan dah lame tak gayot kot saye jadi tersasul macam itu. [baru 3 minggu je pun kn.]
ehh.. agak lame gak tu kan.
haha, anyway thanks sebab call.. :)

kehilangan yang tak pasti.

seakan-akan aku sedang kehilangan segalanya.

dahulu aku seorang yang agak popular. setiap hari ada je yang contact ajak keluar la, ajak lepak la. ade je program setiap hari. x kesah pagi, petang mahupun malam. tak kira lelaki ataupun perempuan. ade je yang mencari, sampaikan kadang-kadang siap buat appointment la kalau nak kuar ngan aku. haha.. da macam riak sangat la pulak. tapi memang itu kenyataan kot. sampai marah membe-membe aku, asal lambat ajak je mesti aku da kuar. tu untung ramai kawan tu. busy je memanjang.


tapi sekarang da tak sama da macam dulu. sekarang aku macam da xde kawan. xde orang pun nak contact aku. xde sape pun nak ajak aku kluar. macam da xde orang nak amik peduli pasal aku da.

im lonely.. :(
is it my fate? or is it my mistake? aku da banyak terkena dengan orang da. pape pun aku menerimanya dengan hati yang terbuka.

thanks tau sume.. ^_^

Saturday, October 9, 2010

bisikan-bisikan halus..

kelihatan seperti hendak pergi jauh.
mengembara ke pelusuk dunia.
mencari tempat baru dan suasana baru.
mencari kepastian dalam diri.
dan mengharapkan ketenangan dalam diri.

oh hinanya,
seakan-akan kehilangan identiti asal.
terkapai-kapal mencari jalan pulang.
malu kepada diri sendiri.
siapakah diriku yang sebenarnya ini?

begitu indah dunia..
tetapi yang menyelubungiku hanyalah kesunyian yang tidak terperi.
bagilah aku petunjuk agar dapatku menghiasi diri ini.
melaksanakan kehendakmu dan menjauhi laranganmu.

terkapai-kapai ku kelemasan. sakit dilambung ombak kerinduan.
didalam tidur, didalam jaga.. diburu oleh mimpi yang serupa.
mengapa aku jadi tidak menentu keranamu.

malam ku suram, siang ku gelam, ku kegelisahan 
mencari-cari kemana pergi harga diri ini.
bertanyakan berita, merisik kabar, mendengar cerita melaluinya 
kau ku hampiri, tiap hari bersama luka dihati.. :)

Friday, October 8, 2010

hye jumaat.. :)

cuaca yang suram, mood pun suram.. 
membuatkanku kelihatan suram juga.. :)
hish.. nak ujan la pulak.. tak kan nak tido lagi kan..
bila cuti ni asyik tido je..

mari la dengar lagu ni.
lagu pun suram-suram je.
haha.. ^_^

oh senggugut..

Apa itu senggugut?
 
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit.


simtom
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

faktor risiko
  • Pengambilan kafin tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan
petua untuk menghilangkan sengugut : 

senggugut memang menyakitkan. untuk mengatasinya, 
  1. ambil sembilan biji pinang tua, dibakar sehingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. campurkan ke dalam air suam dan minum.
  2. ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam air suam, apabila halia itu mendap barulah diminum. dahulukan dengan berselawat.
  3. semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

begitulah cerita senggugut. anda mengalami senggugut? cian anda kan.. cubalah tips2 di atas. mane tahu hilang saket tu. saye tatau sangat pun pasal senggugut ni. copy paste kt tenet je :P


Wednesday, October 6, 2010

jodoh..?

" jodoh dari syaitan. kamu berkenalan.. berpegangan tangan dan terus buat maksiat. akhirnya si dia  mengandung, baru kamu menikah. "

 " jodoh dari jin. kame berdua berkenalan. kamu sukakan si dia, tapi si dia tidak sukakan kamu. kamu bomohkan dan sihirkan agar si dia suka kepada kamu. dan kamu berdua menikah. "

" jodoh dari ALLAH, kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu.. kamu terus meminang si dia dan si dia menerima pinangan kamu.. inyaallah,. berkekalan hingga ke akhir hayat. "


daripada ketiga-tiga contoh mencari jodoh seperti di atas kan.
yang manakah ciri-ciri jodoh yang anda mahukan? hee..
hope kamu sume mendapat jodoh dari ALLAH. 
insyAllah.. :)

Tuesday, October 5, 2010

is it pain?

pada suatu hari. aku main tanya-tanya dengan seseorang ni..
dan saya telah puas hati dengan jawapan yang diberikannya.

for that particular person. thanks tau.
tell me the truth..
I'm appreciate that.

for the first, agak mengecewakan tapi saya suka dengan kejujuran yang telah diberikan itu.
dan sudah pun menerimanya dengan hati yang terbuka.
is it my fate? or my mistake?
haha.. ^_^

"hanya satu pintaku.. untuk mu dan hidup mu, baik-baik sayang.. ada aku untuk mu."
"hanya satu pintaku.. di siang dan malam mu, baik-baik sayang.. ada aku untuk mu"
best kn lagu ni.. hee..

nak dengar dengan lebih lanjut? click link di bawah ini.

Monday, October 4, 2010

i wish

i wish i that can die 1st than you because i can't live without you. i wish you are happy with me. so that, i will be happy too. i wish that i can see you, meet you and touch you. that is what i wished. went we see face to face, i wish that i can hug you. [I'm really miss you]. i wish that i can stand with you and i wish you can stand it too. i wish i can love more than you loves me. that is my effort. i wish that you can feel my heart and you say "i can feel it" i wish that you are more serious and give Ur full commitment with me.

i wish, i wish, i wish, i wish, i wish, i wish, i wish, i wish.

Allah knows what best for me.
we are only able to plan and everything is decided by the ALLAH.

 because i loves you, I hope I can be patient.
and i believe that one day, My wish would be achieved :)

operasi mengajar.

nak dijadikan cerita.
adik aku dan kawan-kawan die suruh la aku aja die math.
memang aku sangat pandai..
ala.. math tingkatan 3 je pun. xdela susah mane kan.
tapi bila masuk soalan algibra. woahh!!
kenapa macam susah.. haha..
sume soalan yg dorang bagi aku boleh jawab.
tapi dukacita dimaklumkan bahawa sume jawapan aku tu salah.
wakakakaka.. free2 dorang fail time exam nanti.
seb bek la adk aku yg sorang lagi ni pandai math.
so die la yang aja mereka-meraka ni.
begitulah kisah aku nak jadi cikgu.
rasa2nya la kan. boleh ke aku jadi cikgu? :P

Saturday, October 2, 2010

open house..

ade open house kt umah ni..
mari datang ramai-ramai.

jarang aku buat open house ni..
rugi la kepada siapa yang x datang.
aku masak tau.. haa.. nak rasa mari la. :D


Friday, October 1, 2010

oh cinta

cinta realiti atau cinta fantasi..
yang mana lagi best?
sila lah jawab :)

oleh kerana ade jugak orang yang sayang aku,
ade jugak orang yang amik berat pasal aku..
aku tak kesah pun sebenanya.. realiti ke fantasi ke.. best je kan.

nota pendek :
cinta perlukan pengorbanan. oleh itu.. saya rela berkorban.
^_^