Friday, August 10, 2012

kenangan.

sudah dekat dua bulan aku di SMKBDP.
macam-macam kenangan yang aku dapat.
student yang sangat baik dan supportive
tapi sayang,. tak ramai yang nak buat sesi. haha.

walaupun pengetua tak best.
tapi cikgu-cikgu kat sana sume sporting.
suma anggap aku ni macam adik dorang.
sampai dekat bazar pun dorang tegur aku..
suka gila.. tak sangka budak praktikal dilayan sebergitu

student lagi hebat kan..
setiap kali lalu depan bilik kaunseling
mesti dorang tegur dan say hai.
melayu, cina, india suma sporting.
bila aku masok kelas je..
sume suke gila sebab dapat main. haha


the best moment..
sukan tahunan sekolah,
senam robik 1 murid 1 sukan,
program jati diri dekat PLKN,
LDK dengan budak2 form 1
relief kelas-kelas yang cool.

saya sayang semua student-student saya :)

Wednesday, July 25, 2012

sangat sedih :')

aku dah lama tak rasa sedih macam ni..
dan hari ini.. sekali lagi aku merasa sedih.

i loose all my memories.
kenapa lah orang tu format laptop aku tak bagi tahu aku.
dia cakap dia nak tengok apa yang rosak je dulu.
kalau aku tahu yang dia nak format.
awal-awal lagi aku dah backup sume file penting aku tu.
dan sekarang semuanya sudah tiada..
kini tiada lagi kenangan yang tinggal.
semua gamba aku telah dipadamkan,..

Im so sad. :'(

Monday, July 23, 2012

am i?

Mr. Sweet Talk..? Am I..?

Oh My God..

aku rasa aku layan orang macam biasa je.
tapi aku takot kalau itu boleh mengubah persepsi.

"just say whatever you want to say.." that's me. :)


harap mata kail yang aku ada ini selamanya tumpul dan tidak akan diminati oleh mana-mana jenis ikan termasuklah ikan bilis ^_^


jika saya ingin memiliki hati seseorang itu.
saya akan meminta izin untuk memilikinya terlebih dahulu dan bukan dengan cara terus untuk memilikinya.

Sunday, July 15, 2012

sorry.

saya selalu buat awak sedih kan..
buat awak marah..
buat awak sakit hari..
buat awak cemburu.
dan macam-macam lagi la..

saya dah cuba layan awak degan baik.
tapi masih tidak mampu.
saya mintak maaf sangat-sangat..

people can change..
but im still can't change my bad attitudes.
im so sorry.. i don't mean it. :(

Wednesday, July 11, 2012

dear love

saya tahu..
itu merupakan kesalahan saya.
saya terlupa.
mungkin sebab terlalu penat dengan sekolah.
tapi percayalah.
saya sentiasa ingat awak. :)

saya tak mampu memberikan apa-apa.
hanya manis mulut berbicara.
wahai sayangku.. 
aku amat menyintaimu.. :*

happy ***** month sayang.. ^_^

Wednesday, July 4, 2012

"bila cikgu-cikgu dah mula mengata pasal student perempuan dah mula obses dengan cikgu praktikal sambil mengatakan bahawa mereka bukan nak buat sesi, tetapi mereka nak tgk muka cikgu tu je.."

aku dah tau.. perkataan itu dituju kepada aku..
sedihnya.. sumpah rasa mcm nak nanges.



cikgu-cikgu dekat sekolah cerita
sebelum aku masok sekolah tu.
xde orang pun nak datang kat situ.
bila start aku ada je.. meriah bilik tu..
pelajar melayu dah mula untuk datang.
lepas tu dari xde sape nak tengok bilik kaunseling.
hari-hari mereka menoleh bilik kaunseling.
kadang-kadang sampai lalu dua tiga kali.

aku perasan.. kebanyakan pelajar cuba untuk menoleh ke dalam.
bila aku jalan je.. ramai yang menyapa, melambai dan sebagainya.
memang tak dinafikan mereka mula untuk menerima aku.
aku semakin suka dan selesa berada di sekolah itu.

tetapi..
makin lama aku berada di sekolah itu.
makin banyak perkara yang tidak sedap didengar.
bermula lah kisah cikgu-cikgu lain memerli aku.
bercerita tentang aku dan ada yang tidak suka denganku.
dari bercerita tanpa pengetahuan ku
sehinggakan di depan ku pun turut bercerita tentang ku.
apa salah aku...
aku hanya menjalankan tanggungjawab aku..
demi membuat sesi kaunseling kepada sesiapa yang memerlukan.
bukan buat sesi dengan perempuan je.
dengan lelaki pun ada. tapi tak ramai.
biasa lah.. lelaki lebih cenderung ke arah cikgu perempuan.

aku tak pernah mintak untuk disukai oleh sesiapa..
aku tak pernah mintak untuk dipuji dan sebagainya.
wahai cikgu-cikgu.. tolong lah paham aku..
aku kene habiskan kerja aku..
aku kene cukupkan sesi.
aku terpaksa rapat dengan student untuk bagi dorang suka bilik kaunseling.
untuk bagi dorang suka dengan aku..
dari situ la aku dapat ajak dorang datang buat sesi.. :(


aku tatau sape yang bagi surat daun ni...
 
anyway.. thanks to my student (admire) 

Wednesday, June 13, 2012

berdebar

alhamdulillah.. akhirnya habis segala paper untuk degree kali ini.
dan kini bermula lah detik baru ku di alam praktikal.
perasaan yang amat takut, hati berdebar, dan cuak yang teramat.
isnin minggu depan aku akan ke sekolah untuk praktikal.
harap segalanya berjalan dengan lancar,
dapat mentor yang baik dan student yang sporting.
persediaan untuk ke praktikal tidak dilakukan secara systematic
kerana aku tatau apa yang perlu dan tidak perlu untuk aku lakukan.
biasa lah tu.. tak pernah mengalami kan. :)
dear love, harap awak berani menghadapi praktikal.
jangan noty-noty ok.. haha. [cakap orang, sendiri pun sama]


SMK Bandar Damai Perdana
My Photo
lencana sekolah ni.. :D

Sunday, June 3, 2012

kawen kawen

azim dah kawen doh.
aku tak percaya.
mendapat kad  jemputan umpama sedang bermimpi.
betul ke ni? hahaha..
dulunya time dekat sekolah awek pun xde.
nak tengok dia mengorat orang memang tak la kan.
tapi dia lagi cepat kawen dari kami semua.
OMG.. Tahniah Azim. Selamat Pengantin Baru :)

 meriah majlis..ramai budak-budak sekolah rendah hadir. :)

ramai kawan-kawan dah kawen ni.
yang terbaru ejat bff aku dari kecik tu pun dah pergi merisik awek dia.
aku bila lagi? haha.. jangan risau..
aku lambat lagi. :P

Monday, May 28, 2012

Finish :D

all paper is done.! yippiee......
after this, there is no more sitting for an exam
now i'm feel free..  oh yeah!!

after fight for an exam.
it's time for token ourselves!
start from "man days out"
chill and have a lunch together with buddies
and then make some fun at giant karaoke.

kerna ku kekasihmu.. hingga ke akhir hayat. ^_^


but it's not finished yet bebeh..
we go and make some fitness activity by hiking at Broga.
around 18 person involved. 10 men and 8 woman.
the sweet memory.. solat dekat atas puncak.
tenang dan nyaman doh. aku tak pernah mengalaminya. :)


it's time for some photo shoot.!!

i feel free. :)
peminat Dr. wan doh..

 terbaik.!
 muka janin.
broga hill.

seronok berkawan dengan anda semua. :)
meor, ammin, doy, ez, giru, epul bahari, dan lain2.
panjang umur kita jumpa lagi ea.




Tuesday, May 22, 2012

happy birthday mak.

dah hampir 8 tahun mak pergi.
tetapi makin mak pergi.
makin lekat diingatan ku ini..
im really miss you mom. :'(

today is a special day for my mom.
hari jadi mak aku harini wey.. :)

mungkin aku tak pernah nyanyi.
tapi harini aku nak nyanyi utk mak aku.

selamat hari jadi..
selamat hari jadi..
selamat hari jadi mak.. :)
selamat hari.. jadi..

semoga mak tenang di alam sana.
dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


im so sad....

Sunday, May 20, 2012

3 in 1.

woah.. sangat memenatkan dan mengganggu konsentrasi.
hari ini sahaja, aku telah menjalani 3 paper untuk exam.
tapi malangnya exam kali ni sangat susah.
1 paper sahaja aku dapat score tadi.
yang lagi dua macam hancur je.. sedeh.. :(
unitar ni agak kejam sebenarnya,
mane boleh bagi exam 3 paper dalam satu hari.
letih kot otak nak pikir macam2, tangan penat menulis.
lepas ni tinggal lagi dua paper. lepas tu merdeka!!! haha
awek aku dah gembira dah sebab dia dah takde paper dah.
so tak perlu untuk jawab exam dah. practical is coming bebeh.!


Monday, May 14, 2012

susah lagi menyusahkan

agak sedih..
kenapa la dah last sem ni makin berat aku rasa.
padahal subject dia takla susah sangat.
tapi disebabkan ada tiga paper dalam satu hari kot.
ini sangat susah dan menyusahkan aku.
adeh.. kenapakah?
exam dah nak dekat.. 
tapi aku masih tidak master dalam semua subject lagi.
19hb ni dah exam.. haihh.. 
hope aku boleh success dalam exam aku.
wish me luck ok.. dapat pointer yang bagus.!

cool kan time table exam aku. ^_^

19hb may 2011
  • 9.00am - 12.00pm   -   Pengajian Malaysia
  • 9.00am - 12.00pm   -   Human Resource Management
  • 2.30pm - 05.00pm   -   Cognitive (subject paling aku takot)

21st May 2011
  • 9.00am - 11.30pm   -   Business Communication 2

26hb May 2011
  • 9.00am - 12.00pm   -   Multicultural Counselling  

Sunday, May 13, 2012

pegi melaka dengan ammin, doy ngan ez.

experience yang aku dapat :
  • rumah ammin besar gile.
  • bilik dia besar.
  • ade aircond
  • bilik mandi ada tab.. woahh!!
  • mak dia masak sedap.
  • makan dekat 8 kali
  • COCONUT SHAKE..!!
  • burger daging special dari abg ape tah.
  • taman botanikal
  • aligiator fish
nanti kite pegi jalan-jalan lagi ye.. :D

itu dia.. coconut shake satu!!
 


P/S : coconut shake dekat batu berendam ni x best sangat. tapi dekat kedai abg ape tah tu lagi sedap. sebab kelapa hancur, vanila dia kaw dan tak rasa santan sangat.! auummmm.. 


Friday, May 11, 2012

again..

i miss you.. :'(
when we can meet again.
u are far from me right now.
please.. come back home..



P/S : 11st march 2011.

Once Again.

Nurul Shazira bt. Zainuddin.

i love you. :*

Tuesday, May 8, 2012

im glad to have you.

dear love..


Awak merupakan insan yang sanggup bersama saya dikala saya susah ataupun senang.

Banyak membantu saya dalam merencana kehidupan seharian.

Sanggup korbankan masa dan tenaga awak untuk menemani saya.

Setia bersama saya walaupun saya kaki pompan. [tetibe]

Kerana awak, saya sentiasa hidup dalam keadaan bahagia. :)


Jasa dan pengorbanan awak tidak akan saya lupakan.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

P/S : Moga Kami Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat. ^_^



i love you my dear. :*

Sunday, May 6, 2012

gara2 assignment cognitive.

rasa macam nak nanges.
aku taknak fail lagi.. :(

hope aku dapat menemui hero aku esok.

Saturday, May 5, 2012

sorry.

kepada sesiapa yang telah kecewa.
yang telah tersinggung perasaannya.
dan kepada siapa yang telah merana keranaku.

dengan rasa rendah diri.
saya minta maaf. saya tak bermaksud untuk berbuat demikian.
percayalah.. setiap insan tak leka dari melakukan kesalahan.


P/s : im so sorry.

Friday, May 4, 2012

broga.

huh.. aku nak broga lagi weh..
best sebab kali ni individu yang join adalah :-

  • insan tersayang.
  • kawan-kawan yang sporting.

naik atas tu dengan harapan nak tengok matahari terbit.
tapi malangnya sampai-sampai aku tido [routine] haha.. :P

credit to insan tersayang sebab mempu naik.
1st time katanya, sampai muntah-muntah. haha. ups...
tapi takpe, janji dah sampai atas kan sayang. :)

meor dan acid sangat sayang akan lampu picit yang baru dibelinya.
made in broga katanya. haha. glow in the dark lagi.
eh. tu pun nak cerita. tak malu betul. hahaha.

selesai daki bukit broga.
kami ke sungai tekala.
oh yeah.. mandi weh.
air dia sangat sejuk.. gegel..


P/s:

  • thanks kepada meor sebab sponsor bege Mcd.
  • thanks dekat acid sebab bagi duit minyak..

muka bangun tidur. :D
 acid aka rashid  
 nak buat gamba berukuran passport meor
demok yang sedeh sebab kene tinggal dalam kete. haha

Sunday, April 29, 2012

kem kaunseling 2012

terus terang.
pada mulanya saya terkilan kerana expectation saya untuk kem ini adalah tinggi.
saya mahukan sesuatu yang baru yang boleh saya pelajari.
tapi malangnya pandangan saya menjadi serong. sorry guys..

tak semua benda yang dibuat tidak memberi faedah.
hanya segelintir sahaja dan selebihnya best. :D
yang saya nak cerita disini ialah..
kami kenal tetapi tak rapat.
kami sekelas tetapi jarang untuk bersembang.
kami rehat tapi tidak makan bersama.
tetapi selepas kem, kami mula rapat.!
kami dah duduk sama-sama di dalam kelas.
kami dah suka / lebih senang untuk bersama-sama.
mungkin ini adalah impak dan faedah yang saya akan dapat.
saya sangat seronok kerana dikurniakan keistimewaan sebergitu.
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.
Ammin, Doy, Acid, Giru, Meor.
Thanks.. :)


 awesome guys in camp.. ^_^

Thursday, April 19, 2012

18th April 2012

Happy birthday Sayang...
itu adalah perkataan pertama yang keluar semasa hari kelahiranmu
mungkin aku bukan orang yang pertama, tapi aku dapat wish depan mata. :)

semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan
dan yang paling penting ialah. Semoga Awak Bahagia. ^_^


" saya tak mampu untuk memberikan kemewahan "
" tak mampu untuk mengeluarkan kata-kata manis "
" apatah lagi menjadi seorang lelaki yang romantis "
" saya tak pandai nak buat "surprise" "
" belanja awak makan mewah-mewah "
" dan juga memberikan hadiah yang mahal "
" dan saya rasa awak tahu kenapa kan? "  :)


saya harap, 3 perkara tersebut cukup untuk dijadikan sebagai hadiah.
itu sahaja yang saya mampu setakat ini.. :)
  
Love
  Time 
 
Commitment 



P/s : Happy birthday my Dear, I love you.  :*



paintball. :)

1st time main..
mula-mula takot.
lepas tu gian nak bunuh orang.
haha.. gelak jahat. :))
fun games..
guess what?
my team got 1st place in that tournament. yea..! :)

it's me :)

Muka-muka yang tak pernah kene tembak. 

"Hang tuah" aka "Abah Kau..!" team.

mengatur strategi sebelum berperang. haha..

Game On..!

1st place.. Got hamper. 

"Abah Kau..!" girls. 

Saturday, April 14, 2012

siapa di hatimu.

disebabkan tanggungjawab dan amanah aku stay.
aku tahu aku ni selalu menyusahkan hidup orang.
aku tahu aku ni tak pandai mana pun.
dan aku tahu aku ni tak membawa apa-apa kepentingan pun.
tapi aku ada hati dan perasaan.
at least tolong lah jaga hati aku.
yang aku nak hanya kasih sayang.
aku dah buat yang terbaik dah.
semua urusan persendirian aku buat sendiri
aku taknak membebankan orang lain.
tapi aku tahu semua itu tidak cukup kalau tidak membantu.
mom.. i need you.. i miss you.. :'(
dulu mak ada, aku tak penah rasa disisihkan.
tapi mak dah takde kan. 
nak mengharap yang macam dulu pun x boleh. :')


it's all my fault. i'm admit it. thanks..
dear Kayrul.. are you prepared?


izinkan aku hidup berdikari..

Thursday, April 12, 2012

just around the Conner

haishh.. tarikh dah nak dekat ni..
tapi aku tak prepare apa-apa lagi..
dan aku tak tahu pun nak rancang apa.
haha. sedey kan.. somebody help me?

jadual yang agak padat.
assignment banyak yang tak siap lagi ni.
15hb ni ada painball.. huh.. main tembak-tembak.
oh yeah.. harap tak lebam-lebam badan aku nanti. :)
15hb tu jugak weeding kawan facebook aku.
emm.. nak pegi tapi ada paintball.. cane ea?

P/s : i love you my dear. :*

Wednesday, April 11, 2012

i feel good. :)

hari ni hari ape?
guess what?

Hari pertabalan agong. :)
hari cuti umum bagi seluruh rakyat Malaysia.
dan yang paling penting untuk aku..
Hari bahagia aku.. sebab 11hb. wahh..

duhai cintaku.. sayangku.. lepaskanlah..
perasaan mu.. rindu mu.. sluruh cinta mu..
haha. bejet comel nak nyanyi-nyanyi..

mungkin pertanyaan dari seorang kawan dapat melegakan hatinya.
mugkin benar ramalanku terhadapmu. tapi apakan daya.
kita tiada jodoh untuk bersama.. find someone who is better than me ok :)

dear love..
the moment i'm with you..
i'm feel so happy.
no wonder i'm missed you in a single day we don't meet.
today.. 11st of April. our day!
 i love you my dear. :*

Wednesday, April 4, 2012

semanggol katanya ;)

pengalaman pertama di sekolah menengah Mudzafar Shah, semanggol.

~ 6 jam pegi, 10 jam balik.
~ sekolah tu besar gila.
~ student die best aka sporting.
~ tempat pancung kepala time zaman jepun.
~ pokok besar tu menyeramkan.
~ tepi, tepi, tepi depan belakang. :)
~ digelar abg poyo! hahaha..
~ Group 2 weyh..

kenangan pabila berada di sekolah tersebut memang tidak dapat dilupakan. 
walaupun tidak ramai yang mengenaliku. tapi aku bangga digelar abg poyo, tetibe. haha.

Thursday, March 29, 2012

ianya bukan mudah

bila tengok orang sedih..

mungkin sebab - frust bercinta, 
                       - kehilangan orang tersayang, 
                       - tak dapat apa yang dimahukan,

aku pun turut rasa sedih. 
mungkin sifat simpati dan empathy aku tinggi kot.
aku penah rasa sedih. jadi aku tahu macam mana rasa dia.

dear fredy, chill ea. 
setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
munkin ada yang lebih baik untuk dirimu kelak.
bersabarlah wahai kawanku.
aku tahu kau kuat untuk menghadapi dugaan.
dan aku tahu kau juga mampu untuk menghadapinya.
mungkin kau perlukan masa untuk bangkit.
tak salah meratapi, tapi jangan lebih-lebih tau.
jaga diri, jaga kesihatan. itu lebih penting.
i know you can! :)

Tuesday, March 20, 2012

janji lelaki.

orang kata, janji itu dibuat untuk dimungkiri.
sejauh mana janji itu ditepati?


" saye janji. saya takkan ada pompan lain selain awak.. "
" saye janji saya akan tunggu awak sampai bila-bila.. "
" awak.. sorry, sakitkan hati awak. janji tak buat lagi dah "
" saya tak pandang pompan lain. dalam hati saya ada awak je. "
" saya nak awak tahu yang saya sayang awak sepenuh hati saya "



DUSTA.!!


kata-kata dan ayat lelaki manis-manis belaka.
sweet talk la katekan. itu baru la lelaki. ;)
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku tau la. aku kan lelaki. hahaha..
wahai kaum hawa, jangan terpedaya dengan kata-kata lelaki. 
take note! haha. *_*

Monday, March 19, 2012

status.

single and in relationship.
adakah itu sesuatu taraf yang berbeza?

bila single, ramai yang datang.
bila dah kapel semua lari. adeii..
kenapa perlu ada perbezaan status?
alasan.. menjaga hati gf, takot gf mara or merajok.
kene belajar melarikan diri dari aku sebab aku dah kapel.
oh tidak. kenapa perlu ada perkara sedemikian? haha.
pepatah ada mengatakan..
"berkawan biar seribu.. bercinta hanya satu"
cinta kerana Allah, cinta kepada rasul,
cinta kepada manusia sesama manusia hanya kerana Allah.
adakah sebab percintaan yang sedemikian kita tak boleh berkawan dengan orang lain? tak kan.. :)

bagi aku.. kapel itu adalah kategori istimewa setiap insan.
semula layak dan berhak untuk memilih pasangan istimewa mereka.
tak perlu untuk membandingkan kapel dengan single..
sebab semua itu sama je. kawan tetap kawan.
cuma kapel ni istimewanya tang kasih sayang, cinta, perhatian, fokus yang lebih daripada kawan. itu je yang lebihnya berbanding dengan hanya sebagai seorang kawan.
permulaan kapel dari kawan jugak kan :)


awek aku pun tak kesah aku nak kawan dengan sape-sape.
asalkan tau batas. maklum lah. aku ni kan suke menggatal. :P
so, aku taknak la orang just kawan ngan aku sebab aku single.
dah ade awek, taknak kawan dah dengan aku. haha. sedey..

saya masih mempunyai keluarga, insan tercinta, sahabat, kawan baik, dan kawan-kawan. *_^

Saturday, March 17, 2012

free association

takot bini.. istilah yang paling tdak digemari oleh kaum lelaki. haha.
takot ke hormat? adakah perkataan takot dan hormat itu perkara yang sama?

baru kapel dah diketegorikan sebagai takot bini.
itu adalah sesuatu yang diketegorikan sebagai "xley bela."

aku x suka hidup diatur.
aku nak hidup aku sendiri.
tolong bagi aku ruang untuk hadapi hidup aku sendiri.
aku nak berdikari.

Friday, March 16, 2012

syukur

syukur.. syukur,, syukur ya Allah..
syukur Alhamdulillah. :)

mood : maulidul rasul

Monday, March 12, 2012

bagi

bagi sesiapa yang mengenali diri aku secara langsung ataupun tidak..
bagi yang tahu rumah aku dan yang buat-buat tau rumah aku kat mana..
korang dah tak boleh nak cari aku dekat rumah da..
aku nak kene pindah ikut family aku.. hurmmm...
walaupun berat untuk aku meninggalkan rumah yang banyak kenangan ini.
tapi aku harus akur dan mengikut kehendak bapaku..
mungkin ada hikmah untuk semua kejadian kan.. ^_^
segala alamat surat menyurat  dekat rumah lama,
tapi surat ape je yang atas nama aku?
bank, kwsp, telikom, kolej, je kot.
yang lain semua bukan atas nama aku.. haha.
jadi susah la orang nak trace aku kan. :P
mungkin aku akan rasa sunyi setibanya aku di rumah baru nanti.
jauh dari kawan, bff, insan tercinta dan juga kolej.
harap masih boleh melepak dengan mereka. :')

one day, bila bapak aku rasa aku dah besar.
mungkin bapak aku akan lepaskan aku untuk hidup sendirian.
aku paham.. tanggungjawab dan amanah yang diberikan masih belum selesai.
aku dah janji ngan arwah mak aku yang aku akan rajin belajar, jaga adik-adik, jangan pisahkan mereka dan disebabkan itu juga aku masih tinggal bersama bapaku.
kalau aku dok sendirian, macam mane nak jage adik-adik kan. :)
tak kisah la orang nak cakap aku ni anak manja ke, budak-budak ke.
janji aku tak mungkir janji terakhir aku dengan arwah mak aku.

mak.. i miss you :')

dear love. walau apa pun terjadi.
saye nak awak tabah menghadapi segala kemungkinan.
mungkin saya seorang sahaja yang tahu.
namun saya paham akan keadaan awak.
kita jangan ikut sikap "generalization" ok.
nanti kite "structure" balik dan jaga "system" tu elok-elok.

cinta itu anugerah.. tapi bukan anugerah hero gadis-gadis tau. haha.
i love you my dear. ^_^

Sunday, March 11, 2012

11/3/2012

manusia boleh berubah kalau dapat peluang..
tapi peluang itu tidak semistinya boleh berubah.

bagi aku, bercinta itu satu proses untuk mengenali seseorang dengan lebih rapat dan satu proses untuk memilih bakal teman hidup kita suatu masa nanti kelak.

quality is the most important rather than quantity. ^_^
kapel lame-lame tapi tak bahagia or tak sepadan nak buat ape kan..

dear love.. i'm glad to have u in my life.
Thanks Allah. Alhamdulillah. 

Friday, March 9, 2012

bila dah mimpi

dia adalah seorang yang sangat rapat dengan ku pada satu ketika, 
dia salah seoarang yang aku anggapnya adik ku sendiri.
bila aku teringat akannya, aku sering termimpi akan kelibatnya.

izzurin nur (yen).. i miss you. :(

Saturday, March 3, 2012

oh aki

weh.. aku rindu ko doh.. ko rindu aku x?
mesti tak rindu aku kan?
lame tak story-story oh..
tapi aku dah tau.
kau mesti cakap aku yang sombong kan.. haha.

dah happy ea? tengok mcm dah happy je?
hehe.. xmo cite sape kekasih hati ke? :D
apa-apa pun.. wish u are happy happy and happy. ^_^

Saturday, February 25, 2012

dunia

dunia dalam.. genggaman kita.. dunia dalam.. genggaman kita.. dunia dalam.. genggaman kita.. dunia ddialam.. genggaman kita..

robert wobbolding berkata... "kita yang tentukan dunia kita. bukan dunia yang tentukan diri kita" ^_^

Tuesday, February 21, 2012

tahan sakit hati sampai menangis.

haha.. its sound like crazy.
the truth is. "saya budak gembeng!" :D

awak mesti tabah menghadapi segala kemungkinan yang tiba.
kerana itu baru dinamakan sebagai dugaan hidup.

1st lesson. think before act.
dek kerana cinta. :)

Friday, February 17, 2012

a big day.

pergi kelas sorang-sorang.
dalam kelas sorang-sorang..
duduk sorang-sorang.
semua sorang-sorang.
kawan-kawan ramai yang dah pergi practical.
oh.. ini sangat membosankan buat diriku.
almaklum lah.. kelas dengan junior.
mereka berkawan sesama mereka sahaja lah.
aku semakin sendiri.. sorang-sorang menghadapi realiti.
oh tidak. walaupun seorang..
aku perlu menempuhinya sendiri.
kerana sudah sampai masa aku berdiri di kaki sendiri.
harap aku mampu menempuhi segala kesulitan.
sedangkan cacing pun boleh duduk dalam batu sorang-sorang.
inikan pula aku.. ahaha, :D

Sunday, February 12, 2012

gabai..

im so happy.
but...

i hope i can face it.



i love you all. ;)

Saturday, February 11, 2012

fun..

have so much fun today.
gelak sepanjang kami bersama,
makan bersama, lepak bersama, membahan bersama.
semuanya bersama,
paling best kami tetap seperti dahulu.
ditambah pula dengan orang baru..
dia sangat memahami,
sering membuatkan ku bahagia dan gembira.
tak penah aku rasa orang betul-betul sygkan aku sebegitu.
sentuhan, kemesraan, belaian manja, bahasa badan, senyuman mesra.
i love u bestfriends, love. :)

Thursday, February 9, 2012

bapak puji

thanks bapak sebab dah support anak bapak ni..
walaupun anak bapak ni tak pandai,
tapi anak bapak ni akan belajar bersungguh-sungguh sampai berjaya,

alhamdulillah,. thanks to Allah.
sebab DIA, aku kuat menempuh segala dugaan.
dengan restunya juga, aku mampu untuk mencapai kejayaan.
walaupun aku agak terkilan sebab salah satu subjek yang aku target A tidak kesampaian.
tapi aku bersyukur sebab keputusan kali ini mencapai target yang aku inginkan.
bapak cakap "lagi 2 poin je nak dapat dekan.. belajar rajen-rajen lagi tau."
itulah perkataan yang membuatkan semangatku untuk terus belajar semakin membara.
thanks kepada kawan-kawan dan orang tersayang sebab dah banyak tolong aku.
im happy with my result. alhamdulillah. ;)

Saturday, February 4, 2012

lelaki

wahai lelaki budiman yang aku kasihi sekalian..
tolong la jadi matang sikit. jadi seperti lelaki.
makin hari, makin fedup aku dengan kau.
kau kata kau matang, beretika dan sebagainya tu.
tapi kenapa bila situasi seperti ini berlaku,
kau jadi macam budak-budak? tahukah anda?
aku memang taknak terlibat langsung dengan agenda kau.
tapi aku rasa kau ni dah melebih-lebih.
kau ingat apa yang kau buat itu betul?
tolong la.. malu aku sebagai kaum lelaki seperti kau kot.
kau cakap kau dah berdoa agar dia kembali kepada kau?
so? kau ingat dengan berdoa tanpa redha kau boleh dapat apa yang kau nak?
kau ingat dengan kau cakap kau berdoa untuk dia, dia akan datang kepada kau dengan semena-mena begitu sahaja?
sila lah sedar wahai lelaki.. bukan ini cara yang betul. lagi kau berbuat demikian.
lagi la pompan tu taknak dekat kau. kau paham tak?
cuba lah pujuk dengan cara yang betul, takkan aku nak aja kau kot.?
masih belum terlambat untuk menyerah kalah.
itu memang betul. tapi bertarunglah mengikut kelelakian anda.
dengan itu, anda akan menggerakkan hati anda untuk menawannya semula.
perubahan oleh kerana individu takkan memberi makna.
berubahlah kerana Allah kerana itu akan memberikan keberkatan kepada mu wahai sahabat.
yang penting. tolong jangan buat aku semak lagi. aku letih. harap maklum.
sekian terima kasih.

Wednesday, February 1, 2012

sakit


ingatkan dah tak sakit dah.. rupanya sakit lagi.. adehh..










i loike. thanks..

Monday, January 30, 2012