Thursday, September 29, 2011

kadang kala.

mulut, adalah senjata yang paling halus dan berbisa.
bak kata pepatah,
terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata badan binasa,
kadang kala kita tidak sedar percakapan itu menyakitkan hati pihak lain.
kita sering alpa kerana mungkin telah terbiasa.
bergurau mungkin menyakiti pihak lain.
inikan pulak bertegas.
ini akan membuatkan ramai pihak kecik hati,
tanggungjawab yang telah diberikan adalah berat.
dan aku tidak minta pun tanggungjawab seperti itu diberikan kepadaku.
wal hal aku baru lagi dalam bidang seperti ini.
disebabkan itu aku sering membuat kesalahan.
maaf jika percakapan aku itu menyakitkan hati banyak pihak.
bukan itu maksudku, dan harap jangan ditafsir secara negatif.

Sunday, September 18, 2011

wow

besok sekolah wey.. dah takley tido lambat..
handphone aku mana hilang tah.. dah tak dapat dikesan. :(
mane la handphone aku ni..

Tuesday, September 13, 2011

tak dah.

seringkali aku bertanya.
jawapannya pasti "xnak"
dan aku malas nak memaksa dah.
okay.
lepas ni aku taknak tanya lagi dah.
kalau tanye pun hanya sekadar main-main je.
sebab nanti aku jugak yang sakit.
selagi aku boleh bertahan.
aku akan tahan. :)

start again.

huh.. setelah lama tidak exercise.
badan semakin kecil.
tapi perut semakin jauh ke depan. :P
makan sangat banyak.
tapi berat naik 1kg je? huh..
bila la aku nak gain weight ni..
nak besar lagi.
lepas tu boleh la buat badan.
gym started today.
lembik sangat sebab lama tak workout.
hope aku dapat kekuatan aku semula. :)
good luck kayrul.

Sunday, September 11, 2011

alhamdulillah. :)

senyum, senyum dan terus tersenyum.. :)

sungguh tidak ku sangka. angau + kegembiraan.

walaupun takde A untuk result kali ni. (penah dapat A skali jela pulak)

tp aku bersyukur kerana dapat membuat bapa ku tersenyum.

terima kasih Allah, Terima kasih kepada semua yang membantu.

^_^

its 11th of September.

Happy Birthday Nur Attila Shaisin. :) 

Saturday, September 10, 2011

antara kesian dan sayang

aku tidak mahu timbul perasaan kesian atau simpati walaupun terdetik,
yang aku mahukan hanya perasaan cinta dan sayang.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. :'(

pabila bergaduh

itu lah saat yang paling aku benci.
benda kecik je pun.
tapi betekak macam mende tu teruk sangat.

aku dah cuba dah,
ternyata aku yang tidak mampu.

nampaknya aku perlu berusaha keras lagi.
untuk menjaga hatinya sebaik yang mungkin.

maafkan aku sayang.
aku terlampau ikutkan sangat hati yang penat ini.

Thursday, September 8, 2011

aku tahu.. jgn ingat aku diam aku tatau pape tau, tp saje buat-buat tatau, :)

kepada sesiapa yang berkenaan,
berhenti menipu dan berpura-pura.

Allah maha adil, lama-lama akan terbongkar jugak :) 

Tuesday, September 6, 2011

‎"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia degan mas kahwin RM..."
Bunyi macam senang? 


Nah ni makna sbnrnya..

Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa sahaja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bkn lagi ibubapa si dia.. Dan aku tanggung smua dosa bakal anak2 ku, jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas badan ku sehingga pecah..
by Ustaz Zamri


*wahai lelaki, mampu kah anda?? adeyh. o__O

Sunday, September 4, 2011

menipu, penipu.

ye.. saya seorang penipu.
saya sedang menipu dan terus menipu.

adeyh. tapi saya tak boleh memberitahu perkara yang sebenar lagi.
belum sampai masa lagi untuk aku menceritakan semuanya.

maaf jika selama ini aku hanya menipu kalian semua.

Saturday, September 3, 2011

soalan..

dah habis belajar dah?

bila habis belajar?

belajar dekat mana?

kenapa rambut kau macam tu?

adik lagi hensem dari abang.

tinggi nye.. ikut sapa ni? bapak rendah je.

mak tiri ok? baik tak?

dan sewaktu dengan nya. :)
harap maklum. tiap-tiap tahun aku dengar soalan macam ni.
ada apa-apa masalah ke kalau aku tak habis belajar lagi?
baru dua tahun aku belajar kot. aku amik degree bukan diploma.
so tak sama dengan orang diploma.

aku tak kesah pun dengan rambut aku,
kenapa korang perlu kesah.? haha.
dah Allah yang jadikan rambut aku macam tu.
 nak wat macam mana kan? takkan nak pertikai kot.

soal hensem ke tidak ke aku tak kesah pun.
nanti dah tua kerepot jugak. ^_^

setakat ini, mak tiri aku ok je.
baik ngan aku, siap blanje aku buat rambut lagi nyah.
mak korang ade? haha.

so, tak perlu pertikai sebenarnya.
sebab itu ketentuan Allah dan bukan ketentuan aku.
kita hanya mampu merancang. tuhan yang menentukan :)


ni je gamba yang ada untuk raya taun ni. haha


Friday, September 2, 2011

separuh jalan, separuh raya. :)

Kuala Lumpur ke Johor,
Johor ke Pahang,
Pahang ke Negeri Sembilan.
huh.. cukup tiga hari aku menghabiskan masa aku.
dan hari ini aku pulang semula ke Kuala Lumpur.
ianya sepanjang 992km. :)

raya pertama macam biasa la, sembahyang raya,
lepas itu memang kubur mak aku yang aku cari dulu.
malangnya aku masih menangis walaupun sudah 6 tahun masa berlalu. :(
dan seperti biasa aku tak beraya sangat dan tidur sahaja.
bangun tidur g kampung mak aku dan tidur lagi. haha.

raya kedua pergi ke raub pula.
yes. mereka seakan terkejut melihat aku. adei..
tapi atok ngan nenek best la.
boleh gelak-gelak, cerita-cerita. :)
macam biasa aku sampai dan tidur sahaja.
tak beraya sangat pun. haha

raya ketiga ke rumah mak ngah di felda lui selatan.
melalui jalan lama karak yang penuh dengan jalan yang bengkang bengkok dan penuh tragedi yang menakutkan. wow. haha.
seronok main lap dekat situ. :P
umah mak ngah macam biasa la,
makan ayam hutan. dap wey :D

last day pulang ke rumah kembali lah.
kali ini melalui jalan bukit putus yang baru.
wow. besar dah jalan dia. lurus pulak tu. haha
lekas highway yang tak jem tapi banyak tol =.=

seronok dapat makan ketupat, kuah kacang dan rendang daging nenek, ayam rendang mak long, kari ayam hutan mak ngah, tempeyek mak ngah, nasi kerabu mak ngah pahang, dan abiskan kuih tart pak uda,  :D