Wednesday, July 25, 2012

sangat sedih :')

aku dah lama tak rasa sedih macam ni..
dan hari ini.. sekali lagi aku merasa sedih.

i loose all my memories.
kenapa lah orang tu format laptop aku tak bagi tahu aku.
dia cakap dia nak tengok apa yang rosak je dulu.
kalau aku tahu yang dia nak format.
awal-awal lagi aku dah backup sume file penting aku tu.
dan sekarang semuanya sudah tiada..
kini tiada lagi kenangan yang tinggal.
semua gamba aku telah dipadamkan,..

Im so sad. :'(

Monday, July 23, 2012

am i?

Mr. Sweet Talk..? Am I..?

Oh My God..

aku rasa aku layan orang macam biasa je.
tapi aku takot kalau itu boleh mengubah persepsi.

"just say whatever you want to say.." that's me. :)


harap mata kail yang aku ada ini selamanya tumpul dan tidak akan diminati oleh mana-mana jenis ikan termasuklah ikan bilis ^_^


jika saya ingin memiliki hati seseorang itu.
saya akan meminta izin untuk memilikinya terlebih dahulu dan bukan dengan cara terus untuk memilikinya.

Sunday, July 15, 2012

sorry.

saya selalu buat awak sedih kan..
buat awak marah..
buat awak sakit hari..
buat awak cemburu.
dan macam-macam lagi la..

saya dah cuba layan awak degan baik.
tapi masih tidak mampu.
saya mintak maaf sangat-sangat..

people can change..
but im still can't change my bad attitudes.
im so sorry.. i don't mean it. :(

Wednesday, July 11, 2012

dear love

saya tahu..
itu merupakan kesalahan saya.
saya terlupa.
mungkin sebab terlalu penat dengan sekolah.
tapi percayalah.
saya sentiasa ingat awak. :)

saya tak mampu memberikan apa-apa.
hanya manis mulut berbicara.
wahai sayangku.. 
aku amat menyintaimu.. :*

happy ***** month sayang.. ^_^

Wednesday, July 4, 2012

"bila cikgu-cikgu dah mula mengata pasal student perempuan dah mula obses dengan cikgu praktikal sambil mengatakan bahawa mereka bukan nak buat sesi, tetapi mereka nak tgk muka cikgu tu je.."

aku dah tau.. perkataan itu dituju kepada aku..
sedihnya.. sumpah rasa mcm nak nanges.



cikgu-cikgu dekat sekolah cerita
sebelum aku masok sekolah tu.
xde orang pun nak datang kat situ.
bila start aku ada je.. meriah bilik tu..
pelajar melayu dah mula untuk datang.
lepas tu dari xde sape nak tengok bilik kaunseling.
hari-hari mereka menoleh bilik kaunseling.
kadang-kadang sampai lalu dua tiga kali.

aku perasan.. kebanyakan pelajar cuba untuk menoleh ke dalam.
bila aku jalan je.. ramai yang menyapa, melambai dan sebagainya.
memang tak dinafikan mereka mula untuk menerima aku.
aku semakin suka dan selesa berada di sekolah itu.

tetapi..
makin lama aku berada di sekolah itu.
makin banyak perkara yang tidak sedap didengar.
bermula lah kisah cikgu-cikgu lain memerli aku.
bercerita tentang aku dan ada yang tidak suka denganku.
dari bercerita tanpa pengetahuan ku
sehinggakan di depan ku pun turut bercerita tentang ku.
apa salah aku...
aku hanya menjalankan tanggungjawab aku..
demi membuat sesi kaunseling kepada sesiapa yang memerlukan.
bukan buat sesi dengan perempuan je.
dengan lelaki pun ada. tapi tak ramai.
biasa lah.. lelaki lebih cenderung ke arah cikgu perempuan.

aku tak pernah mintak untuk disukai oleh sesiapa..
aku tak pernah mintak untuk dipuji dan sebagainya.
wahai cikgu-cikgu.. tolong lah paham aku..
aku kene habiskan kerja aku..
aku kene cukupkan sesi.
aku terpaksa rapat dengan student untuk bagi dorang suka bilik kaunseling.
untuk bagi dorang suka dengan aku..
dari situ la aku dapat ajak dorang datang buat sesi.. :(


aku tatau sape yang bagi surat daun ni...
 
anyway.. thanks to my student (admire)