Friday, August 6, 2010

menakutkan


Jika sebelum ini kehadiran buaya di pantai peranginan di Port Dickson sering dinafikan oleh banyak pihak, namun pada 4/8/2010, persoalan itu terjawab apabila seekor buaya tembaga betina ditemui di pantai Ixora Permai, Tanjung Agas dekat sini.Reptilia pemangsa itu dijumpai terapung-apung oleh tiga orang pekerja binaan pada pukul 12.45 tengah hari ketika mereka sedang memancing di kawasan berkenaan.

Buaya yang ditemui itu sepanjang 5.48 meter dengan ukur lilit 2.43 meter dan berat hampir satu tan (kira-kira 1,000 kilogram) dan berkemungkinan berasal dari Sungai Linggi dekat sini.

Awas ! ada berani nak mandi-manda di pantai Port Dickson ?
woah.. sangat takot oh.. camne nk mandi laut camni?
kalau kena gigit camne? haha..

emm.. difahamkan bahawa buaya laut mempunyai kelajuan yg berganda daripada buaya sungai?
adakah anda percaya? 

sebelum ni mesti ramai yg menyangka bahawa buaya hanya ada di sungai sahaja kn? dan bukan dilaut kan?
haha.. anda salah.. ade jugak buaya laut oh.. x caya tgk animal planet. :D

berhati-hatilah sekiranya nak mandi laut lepas ni ok. :)

No comments:

Post a Comment