Friday, September 2, 2011

separuh jalan, separuh raya. :)

Kuala Lumpur ke Johor,
Johor ke Pahang,
Pahang ke Negeri Sembilan.
huh.. cukup tiga hari aku menghabiskan masa aku.
dan hari ini aku pulang semula ke Kuala Lumpur.
ianya sepanjang 992km. :)

raya pertama macam biasa la, sembahyang raya,
lepas itu memang kubur mak aku yang aku cari dulu.
malangnya aku masih menangis walaupun sudah 6 tahun masa berlalu. :(
dan seperti biasa aku tak beraya sangat dan tidur sahaja.
bangun tidur g kampung mak aku dan tidur lagi. haha.

raya kedua pergi ke raub pula.
yes. mereka seakan terkejut melihat aku. adei..
tapi atok ngan nenek best la.
boleh gelak-gelak, cerita-cerita. :)
macam biasa aku sampai dan tidur sahaja.
tak beraya sangat pun. haha

raya ketiga ke rumah mak ngah di felda lui selatan.
melalui jalan lama karak yang penuh dengan jalan yang bengkang bengkok dan penuh tragedi yang menakutkan. wow. haha.
seronok main lap dekat situ. :P
umah mak ngah macam biasa la,
makan ayam hutan. dap wey :D

last day pulang ke rumah kembali lah.
kali ini melalui jalan bukit putus yang baru.
wow. besar dah jalan dia. lurus pulak tu. haha
lekas highway yang tak jem tapi banyak tol =.=

seronok dapat makan ketupat, kuah kacang dan rendang daging nenek, ayam rendang mak long, kari ayam hutan mak ngah, tempeyek mak ngah, nasi kerabu mak ngah pahang, dan abiskan kuih tart pak uda,  :D

No comments:

Post a Comment