Saturday, May 7, 2011

untung lah.. :)

wahai ibu ku......

banyak pengorbanan mu terhadapku.
aku bersyukur di saat engkau sanggup melahirkan ku.
susah payah engkau menjaga ku sejak kecil.
melayan kerenahku sehingga kehabisan nyawa mu.

untunglah kepada mereka yang masih mempunyai ibu kan.
masih diberi kasih sayang. dimanja dan boleh mengadu. ^_^



aku cemburu melihat mereka yang masih mempunyai ibu.
sedangkan aku terkapai-kapai dahagakan kasih sayang seorang ibu.

mungkin ada hikmah di sebalik kejadian kan.
semasa kehidupanmu. aku sering melawan dan menghindari nasihatmu.
itulah balasan kepadaku kerana tidak menghargaimu wahai ibuku.

andai engkau masih di didepanku lagi.......

terima kasih kerana tidak penat memberikan kasih sayang kepadaku.
terima kasih kerana telah membesarkan ku.

tidak akan ku lupa janji ku menjadi seorang yang berguna.
untuk menjada adik-adik dan tidak memecahkannya.

aku sangat merinduimu wahai ibu ku.
selamat hari ibu khas ku ucapkan buat mu. ;') 

No comments:

Post a Comment