Monday, May 16, 2011

keranamu guru.

jika tidak kerana mu.
aku tidak boleh sampai ke menara gading.

jika bukan disebabkan oleh rotan mu.
aku tidak akan berubah dan mencapai kejayaan.

jika bukan sebab keperhatinanmu.
aku tidak akan dapat mengikut jejak langkahmu.

engkau tidak pernah merungut atau meminta balasan diatas apa yang telah engkau ajarkan kepadaku.

engkau sabar melayan kerenahku semasa di sekolah dulu.

engkau sanggup bertungkus lumus membantu aku sehingga aku paham akan subjek mata pelajaranmu.

dulu aku mencacimu, tidak menghormati mu, apakan lagi megindahkan mu.
kini aku sedar. tanpa mu guru.. tiadalah aku di sini.. mengejar cita-cita ku.

terima kasih wahai guru-guru ku.
jasamu amat ku hargai dan akan ku kenang sehingga ke akih hayat ku.

mungkin aku terlupa nama segelintir guruku.
tapi kenangan bersama mu tidak mungkin akan ku lupakan.

"selamat hari guru..!"

No comments:

Post a Comment