Monday, June 6, 2011

jangan.

baik orang sebesar gajah pun susah nak nampak.
tapi jahat orang.. sebesar kuman pun da boleh nampak kn.

jangan terus menyalahkan, menunding jari, mengutuk, memaki, mencaci, memulau dan membuang jenis insan yang sebergini. 

bukan kehendaknya untuk diperlakukan sebergitu.
bukan niatnya untuk diperlakukan sebergitu.

daripada terus menghentam lebih baik lah tunjuk insan itu ke jalan yang betul kan.?

tak salah untuk kita memperbetulkan situasi atau keadaannya.
tapi mestilah dengan cara yang betul.
kalau men sound2 je. ade orang nak dengar? 
takde kan.. so, think*

walaupun kita melihat seolah olah mak bapak dia tak geti jaga anak, biarkan anak bersosial, berpakaian tidak sopan. tetapi itu sume diajar oleh mak bapak ke? tak kan.. dorang blaja sendiri kan? so..tak perlu dipersalahkan mak bapak kerana tiada mak bapak orang di luar sana tidak memberikan yang terbaik untuk anak mereka dan mahukan yang terbaik untuk anak mereka. 

salah diri sendiri.. itu lah jawapannya. kalau mak bapak kita ajar sekalipun. tetapi kita ni tau nak pikir mana yang baik dan mana yang buruk. kita tidak akan melakukan perkara yang buruk itu kan? tapi biasalah remaja. ingin melakukan sesuatu yang baru. tidak puas dengan apa yang ada. lagi-lagi zaman urban macam sekarang kan. memang sume nak try la. haa. dari situ kita boleh tahu yang sebenarnya faktor yang mendorong remaja ke arah yang kurang sihat itu bergantung kepada diri sendiri disamping pelawaan rakan dan setan. 

mungkin insan itu telah terjebak ke jalan tersebut. bolehkah kita untuk menghukum atau melabel golongan tersebut hanya kerana kesalahan di zaman silam mereka? pintu taubat sentiasa terbuka sehingga hari kiamat bukan? jika terdetik untuk insan itu berubah? berapa ramai golongan insan yang sanggup membantu? dan berapa ramai golongn insan yang menunding jari? haa. macam mane la orang tu nak berubah jika tidak dibantu dan diberikan sokongan moral. 

jangan terus menyiksa insan itu dengan tomahan dan cacian. sebetulnya bimbing mereka ke jalan yang betul. tak susah untuk menasihati dari terus menyumbang insan tersebut ke arah yang tak elok kan.. 

semua orang layak diberi peluang kedua. ^_^

No comments:

Post a Comment