Monday, August 29, 2011

today

mau balik kampung sudah..
esok balik johor.
then balik pahang.
raya ke-3 dah ada dekat KL. :)

esok dah raya..
sedihnya tinggalkan puasa.
aku tak rasa apa puasa kali ini.
kejap sangat masa berlalu.
ade geng tak nak puasa 6 dengan aku.
chop. puasa 6 boleh combine ngan puasa ganti tau.
korang just niat puasa 6, niat puasa ganti.
then die akan dikira sebagai puasa 6 dan puasa ganti.
jadi korang akan save la 6 hari dekat situ.
ini just untuk bulan syawal sahaja ok.
diringankan sebab maybe byk open house dan sebagainya.
ni membe aku yang cakap. die blaja dekat skola pondok.

makanan paling special aku untuk puasa kali ini :-
      ~nasi ayam,
      ~nasi bujang,
      ~makan dengan member gym.
      ~mix gril, chicken chop.
      ~KFC.
      ~nasi berlauk.
tu je kot yang aku ingat. haha.

sahur macam biasa la. tiada menu special melainkan "lempeng"
dap wey. itu paling special yg aku penah rasa untuk sahur kali ini,

mood raya belum sampai lagi.
namun macam biasa la.
bapak aku bagi duit suh beli baju dan seluar raya.
aku beli dua kemeja.
boleh buat pegi kelas.
bijak disitu. so raya pakai kemeja.
then ade la satu t-shirt berkoler.
seluar tak beli sebab lepas raya aku nak beli sluar slack.

moga aku selamat semasa pergi dan pulang dari destinasi yang ditujui. amin.


disini saya ingin menyusun sepuluh jari meminta kemaafan.
mana lah tau ada terkasar bahasa dan terguris perasaan sesiapa.
harap segala kesalahanku dimaafkan.
halalkan juga makan dan minum ku ye. :)

akhir kata, selamat hari raya dan selamat hari merdeka.

Sunday, August 28, 2011

28th august 2011

Happy Birthday Sayang..! ^_^

maybe one day. 
insyaallah. :)

Saturday, August 27, 2011

esok

esok die last day dekat gym.
esok last day die senyum dekat aku.
sedeh pulak rasanya.
i will be miss you my friend. :)

Friday, August 26, 2011

wah.. jangan lebih-lebih tau.

mudah sangat untuk seorang lelaki meminta no fon perempuan.
tapi kenapa itu tidak terjadi kepada aku? hahaha..

mudah sangat untuk seorang lelaki itu mengajak perempuan untuk keluar.
tapi kenapa perkara sebergini jarang terlintas di fikiran ku? adeii..

kenapa orang yang dah ada gf / bf still nak menggatal flirt orang lain?
tak cukup ke dengan seorang dan setia terhadap seseorang itu?
kesian bf / gf kau oh. mesti dorang saket dan sedih kalau dapat tau kan.

dan jikalau perkara sebergitu terjadi kepada engkau?
adakah kau akan dapat menerimanya seperti apa yang telah kau lakukan?
hahaha. cukup-cukup la tu. tak baik buat macam tu.
dunia bukan selamanya akan kekal kan ^_^

Thursday, August 25, 2011

finally.

finally she text me and said that she miss me too :)
dear my sister fieqa.. thanks ^_^

Wednesday, August 24, 2011

merinduimu

aku rindu dekat adik aku fiqa.
tapi aku tatau mcm mane nak cakap dekat die.
sebab agak lama aku tak contact die.
mesti die cakap aku sombong punya.
tapi kalau aku tak cakap dekat dia.
macam mana dia nak tau aku rindu dia? :)
die bukan baca blog aku pun.
maybe one day kot.. ^_^


Tuesday, August 23, 2011

kenapa perlu hidup di takok lama?

engkau sudah tahu apa akibatnya,
engkau akan tahu apa kesudahannya.
tapi mengapa engkau masih berdiam diri?
tiada daya untuk anjakan paradikma?
jestru kau yang akan merana dikemudian hari nanti.

tolonglah keluar dari kepompong wahai kayrul.
sampai bila enkau perlu bersifat sebergini.

Friday, August 19, 2011

bila bulan mula mengecil kembali.

today. 19hb august 2011.
mood : gembira, senang hati.
disamping aku bertambah yakin akan nya,
aku juga tahu dia sangat bermakna buat ku.

i love you :)

Wednesday, August 17, 2011

"Wahai kaum muslimin, takutlah kamu sekalian pada zina sebab didalamnya ada 6 perkara (yang pasti ditetapi), 3 perkara di dunia dan 3 perkara di akhirat. Adapun 3 perkara di dunia adalah hilangnya kewibawaan wajah, pendeknya umur dan kekalnya kefakiran(miskin), sedangkan 3 perkara di akhirat adalah murka Allah yang Maha Barakah dan Maha Luhur, jeleknya hisaban dan siksa akhirat" (HR Baihaqi)

orang kata

kalau hentam tanda sayang. (kata nyonya tua)
ceh.. kalau macam itu, hari-hari mau kena hantam sahaja lah?
seronok la girlfriend amik kesempatan lepas geram hari-hari kan. :)
dengan alasan "pukul kan tanda sayang" tak adil oh mcm tu.


Tuesday, August 16, 2011

be strong.

aku tidak dapat bayangkan jika aku kehilangan seorang bapa.
cukup lah aku sudah kehilangan seorang mak yang aku cintai.
sungguh perit rasa hati. dah enam tahun aku tak rasa raya.  :(
be strong paesh.kaply. takziah atas pemergian bapa mu yang tersayamg.
aku paham perasaan kau. aku paham situasi kau.
kau anak sulung. kau kene ambil peranan untuk menggalas tanggungjawab.
kau ada lagi bebepa sem sahaja lagi. kau jangan berhenti belajar.
aku tau sekarang kau tak tahu macam mana nak sara keluarga engkau.
tapi aku yakin kau akan boleh mengatasi semua ini.
jangan sesekali engkau berhenti kolej. itu sahaja nasihat aku kepada engkau.

kalau lah situasi itu terjadi keatas diriku.....
"menangis sebelum aku dapat membayangkannya lagi" :'(

Monday, August 15, 2011

Antara golongan yang mendapat teduhan dari Arasy; Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah & Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah” :)

Sunday, August 14, 2011

baru 14 haribulan beb.

baru 14hb beb.. belum 19hb.. belum 28hb lagi.
kalau dah 28hb boleh la kalau nak mengelabah pun kan. :)

Saturday, August 13, 2011

kalau kau takde resah aku. :)

engkau ada disaat aku memerlukan mu,
engkau ada ketika aku susah dan senang.
engkau menemaniku dan merelakan dirimu diperkotak katikkan oleh ku.
engkau ada disaat aku merindui seseorang.
engkau telah menemani tidurku setiap hari.
engkau lah bantal panjang busuk ku. :)

kenapa siput babi jalan lambat?

hati aku dah parah sebenarnya.
kesakitan lalu masih tidak sembuh sehingga ke hari ini.
walaupun aku cuba mengubati. aku cuba melupakan.
tapi aku masih tidak mampu untuk mengatasinya.
dek kerana "cinta", aku masih bertahan.
tak kesah la orang nak marah,
aku musnahkan perasaan aku,
hidup aku menjadi lintang pukang ke,
aku tak kesah. aku sanggup berkorban.
seperti orang sedang mengalami sesak nafas
itu yang aku rasakan setiap kali aku sakit.
walau macam mana aku sakit pun.
aku tetap sayang kan dia. ^_^
aku pun tatau kenapa aku sayang dia sangat2.
tapi yang pasti,
tiada apa yang dapat mengukur tahap sayang aku terhadapnya.
dan aku tidak dapat kira berapa kali aku dah jatuh cinta terhadapnya.
sebenanya aku jarang bergaduh pun.
hari-hari bahagia je. hahaha.
gadoh mintak pujuk banyak kali lah.
wahai cinta hati ku yang tersayang.
apa-apa pun yang terjadi.
aku akan tetap menyintaimu sehingga ke akhir hayat ku.
i love you so much lah. :*

Friday, August 12, 2011

dear bestfriend.

jangan la merajuk dengan aku.. tak baik oh. sebulan tu lama kot. 4 hari je dah la. haha

Thursday, August 11, 2011

derita merindu.

sedang leka txt, aku terlelap. tersedarnya aku dari terlelap. perasaan rinduku semakin membuak-buak dan malah menjadi tidak terkawal. dan aku pun memberitahunya akan perasaan rindu ku. tapi malangnya tidak seperti yang aku harapkan. perasaan ku tidak diendahkan. sangat sedih dan agak kecewa. takpe lah. mungkin bukan masanya untuk dia mendengar luahanku.. tak pernah aku rasa rindu yang teramat macam ni.. adeyhh.. chill man. kau kan kuat. :)

kawan

bila tengok orang lain ade bff, kawan rapat. macam seronok je.
mana peginya suma kawan-kawan aku? where are there?
haha.. berkawan itu senang. menjadi kawan pun senang.
tapi untuk mencari kawan semasa susah dan senang itu susah bukan.


bak kata penceramah malam bila tah.
pandai-pandai lah memilih kawan.
katanya mengikut perumpamaan..


"kalau kita kawan dengan orang yang wangi. sedikit sebanyak akan tempias bau wangi orang tu dekat kita."
"kalau kita kawan dengan orang yang busuk. maka busuk lah yang akan kita dapat."

hanya engkau yang ku sayang.

memang segala keputusan berada di tangan aku. tapi aku takkan membuat keputusan tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak. aku akan kecewa jikalau aku putus cinta. tapi aku akan merelakan jika itu akan membuatkan engkau lebih bahagia.

Wednesday, August 10, 2011

kerna ku sayang kamu

ku ingin kau tahu, diriku disini menanti dirimu.. dey.. rindu oh. kau tak rindu aku ke?

Tuesday, August 9, 2011

cantiknya

cantiknya blog dia. kelabu gitu.. nak mcm tu jugak.. :(

dalam

dalam manis ada pahitnya.
dalam suka ada dukanya.
dalam benar ada dustanya.
dalam tawa ada tangisnya
dalam gembira ada sedihnya.
dalam jujur ada tipunya.
dalam diam ada rintihnya.
dalam senang ada susahnya.
dalam lengang ada sibuknya.
dalam ceria ada gaduhnya.
dalam buka ada tutupnya
dalam lantang ada simpannya.
dalam sihat ada sakitnya.
dalam rindu ada bencinya.
dalam sayang ada jengkelnya.
dalam sabar ada egonya.
dalam cinta ada dramanya.
...

dalam hati siapa yang tahu. :')
.
..
...
....
.....
......
.......
........sangat rindu. :'(

Monday, August 8, 2011

yeay..

seronok bila dengar dia nak balik KL.
tak la aku risau die sorang-sorang dekat sana lagi dah.
semoga perjalanannya selamat tanpa sebarang masalah.

^_^

love

ohh cinta.
tiada maksud untuk membuat engkau sakit.
tiada maksud untuk melihat engkau menderita.

untuk cinta, walaupun aku tersiksa.
walau aku terpaksa mengorbankan segalanya.
insyaallah. selagi jasadku bernyawa. aku sanggup tunggu.
hanya maut sahaja yang dapat memutuskan pertalian cinta.

kalau jodoh tak kemana kan. ^_^
i love you, :)

Saturday, August 6, 2011

hanya


Kasih aku ingin,
Menjadi bintang-bintang malam mu,
Temani kamu
Kasih aku ingin
Jadi separuh dari nafas mu
Dan jiwa mu

Dan aku serahkan, hatiku untuk mu
Dan aku relakan, kasihku untuk mu

Hanya ingin ada, dihatimu selalu
Hanya ingin aku, cinta mu yang Satu
Hanya ingin ada, disamping mu selalu,
Hanya ingin jadi, terbaik buat mu

^_^


Tuesday, August 2, 2011

untung

wahh.. lamenye tak update blog.
dah bersawang dah blog aku ni. haha.
seronok weyh.. baru abis exam.
puasa dah dua hari dah. lapaaa~

semalam bapak aku bukan main suh aku balik.
ingat die rindu aku lah kan. tapi bila aku dah balik..
respond die hanya sekadar. "dah balik.. okay."
adeh.. balik aku tak payah balik. apeda..

sampai di rumah, aku tatau ape aku nak buat.
bilik aku da cantik. baju aku dah basuh,
tp rumah aku malas la nak kemas sebab aku baru balik.
bila aku offer diri untuk tolong, sume cakap tak payah.
dah kenapa tiba-tiba tak bagi aku tolong dorang.
aku bukan bos beb, aku hanya anak bapak sahaja.

aku ni beruntung ke?
aku nak kerja bapak aku cakap tak payah.
aku nak buat ni buat tu die cakap tak payah.
adeyh.. macam mana ni. takkan aku nak dok saje je.
bosan kot. dah la duit tak dapat. kalau dapat lain la kan.
hurmm.. bapak oh bapak. adik-adik lain bapak bagi keje.
bagi wat pape yang dorang nak. tapi kenapa aku ni tak boleh.
adeyh.. nak buat macam mana kan..

selamat berpuasa.. :)